Monday, October 10, 2011

YOU & I

don't you worry, there my honey
we might not have any money
but we've got our love to pay the bills

maybe I think you're cute and funny,
maybe I wanna do what bunnies do with you,
if you know what I mean

Oh, let's get rich and buy our parents homes in the South of France
let's get rich and give everybody nice sweaters
and teach them how to dance
let's get rich and build our house on a mountain
making everybody look like ants
from way up there, you and I, you and I, you and I,

well you might be a bit confused
and you might be a little bit bruised
but baby how we spoon like no one else
so I will help you read those books
if you will soothe my worried looks
and we will put the lonesome on the shelf

oh let’s get rich and buy our parents homes in the South of France
let's get rich and give everybody nice sweaters
and teach them how to dance
let's get rich and build our house on a mountain
making everybody look like ants
from way up there you and I, you and I, you and I



Sunday, September 18, 2011

Smoking = Not COOL!

Cool ke MEROKOK tu? 
Nice to see, nice to hold. Once try, no return. Straight to kubur. # Quotes reka sendiri

MEROKOK sama jugalah membunuh diri dengan cara yang maha perlahan.
memanglah bukan sampai tahap baring kat tengah jalan tunggu scremler gelek, 
tembak kepala sendiri pakai revolver. # Memang dah terang nyata bunuh diri namanya tu.
Orang yang merokok xpeduli pun klw orang len kata dorg bunuh diri ke apa.
Kalau orang xsuka, dorang lepak jauh siket, but rokok tu still idop gak.
Telinga berbulu pun, rokok tetap nyala. # Telinga kebal ;D

Cara bunuh diri paling stylo. # Makan pun sodap!

Aku pinjam status FB member aku pasal merokok ni yg aku rasa sgt menarik
dan sangat bermesej. # Thank ye Candy Hunter di atas peringatan yg bernas ini!

MEROKOK adalah SENJATA YAHUDI PALING BERJAYA..nak tahu knapa??.. 
Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..ada ke??..
Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..ada ke??..
- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan..
- Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi..
- Mengepit 2 jari pd rokok adalah perlambangan SALIB..
SAUDARA2 ISLAM ku sekalian....BERHENTILAH MEROKOK =)
See? cool pekemenda kalau gini. # sekali mcm asap kapal da...

Nice quotes huh?
Alhamdulillah, dia pun dah berhenti merokok. 
Alhamdulillah juga, babah aku da berhenti merokok.
My Babah is heavy smoker before he quit. In 1 one day, he can finished 24 sticks of cigarettes.
Rokok tu juga da control cara pemikirannya di mana kalau xde rokok kje x jln.
Tapi, kalau sekarang ni, cerita pasal rokok dia akan cakap yg hisap rokok mmg x cool.
Even Angah adik aku, x merokok depan babah.
Dan babah haramkan dia beli rokok guna duit babah aku bagi.

The rule: Nak merokok guna duit sendiri. # I like this.

Live peacefully without smoking!


Saturday, September 17, 2011

Penakut TT_TT



Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja




Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya




Kau tak pernah cuba memahami aku

Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan




Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut

Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan





Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kaubukan milikku


Nota Kaki: Cinta tak sempurna~

Friday, September 16, 2011

Mine ♥



You were in college, working part-time, waiting tables
Left a small town and never looked back
I was a flight risk, afraid of fallin’
Wondering why we bother with love, if it never lasts

I say, “Can you believe it?”
As we’re lyin’ on the couch
The moment, I can see it
Yes, yes, I can see it now

Do you remember, we were sittin’ there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

Flash forward, and we’re takin’ on the world together
And there’s a drawer of my things at your place
You learn my secrets and figure out why I’m guarded
You say we’ll never make my parents’ mistakes



But we got bills to pay
We got nothin’ figured out
When it was hard to take
Yes, yes

This is what I thought about:
Do you remember, we were sittin’ there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

Do you remember all the city lights on the water?
You saw me start to believe for the first time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

And I remember that fight, two-thirty AM
You said everything was slipping right out of our hands
I ran out, crying, and you followed me out into the street

Braced myself for the goodbye, cause that’s all I’ve ever known
Then, you took me by surprise
You said, “I’ll never leave you alone.”

You said, “I remember how we felt, sitting by the water.
And every time I look at you, it’s like the first time.
I fell in love with a careless man’s careful daughter.
She is the best thing that’s ever been mine.”

You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

Do you believe it?
We’re gonna make it now
And I can see it

I can see it now

From Winter to Chocolate~

 Sekian kalinya, dah rasmi tukar nama jadi " Le Chocolat Chaud ".
Le Chocolat Chaud atau maksud lainnya Hot Chocolate.
Nama yg rasmi dipilih setelah terlist dengan nama dan tema yang lain. 

 First tema: Winter.

Hajat nak tukar nama jadi winter solstice.
Cool and wholesome. 
Biru dan putih sangat suits dengan winter right? Suci dan calm...



Final theme choice: Le chocolat Chaud.

Still la mengekalkn warna biru dan putih tu. 
Cuma tang winter tu memang da wasalamlah.
Tapi, asalkan nampak simple dan tak menyakitkan mata it will be consider as nice. 
Still cool and calm.^^~






Nota kaki: Credit to cik riben @ Maii Yusre. Thank! Nanti hujan berhenti saya suh Miyun Tamai beli aiskrim asam boi tu yeh!

Monday, September 5, 2011

Hand Painted Art Shoes and Bags

Nice stuff! And wholesome too! hobi baru ni (taklah baru sangat sebenarnya) dah jadi feberet pulak. Melukis memang dah jadi hobi aku sejak mengenal dunia lagi. Hobi ni dikembangkan lagi dengan menconteng kat atas kasut, dan beg. Well, benda ni memang la kedengaran lapuk, tapi it still look very awesome. nampak sangat artistik! ;)

cool huh?
Bestnya melukis ni, kita boleh express feeling kita daripada apa yang kita lukis. Kan ke seronok tu? 
Artistik!
Melukis tak semestinya perlu cantik. Ada certain lukisan tu, kita sendiri tak boleh describe image apa yang dia cuba nak tunjuk. But, still terjual berjuta-juta ringgit. Dan sekarang, aku tengah bengong berfikir nak melukis apa atas kasut member aku neh. Melukis aku tahu, tapi bab mewarna tu...erk?? aku kurang pastilah pula..hahaha

Nota kaki: buat bisnes best jugak ni kan? ;) 

Thursday, September 1, 2011

No Title~

Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin~

Mood1# beraya tak habis lagi.
Mood2# Worry sebab Novel Bab 15 tak fikir lagi nak buat apa.
Mood3# Lupakan! Jom beraya!

Sunday, August 7, 2011

‎20 CARA BUAT ROOMATE ANDA GILE :D



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”... horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat..

Tuesday, July 26, 2011

Tiba-tiba aku teringat dia~

Siapa dia? Adalah..Someone yang aku adore since aku 8teen. Lama aku tak contact dia. Saje aku diamkan diri sebab aku dah tak sanggup nak kuciwa frust menonggeng terbalik dog lagi. #meaning: kecewa sangatlah

Aku penahlah berazam nak biar relationship aku dengan dia stop sekadar kawan. No more, no less. Maybe sebab aku dah relakan hati aku, aku bolehlah lepaskan dia siket2. Well, siket  dah cukup bagus dari takde kan.

But still aku nak jugak usha page efbee dia, usha status dia.. #aku da rasa cam stalker da ni.

Then ada skali tu aku post status kat efbee: "Mampu tengok page dia jela pun...." And for God sake, dia commet plak!: " Page siapa pulak yang ko stalk ni?"  =.=" aishh!!!!!!!! apa patut aku jawab pada pertanyaan mencabar dia tuh?

Kalau ah dia tau orang yang aku maksudkan tu adalah dia, agak2 apa reaction dia? Apa reaction awak Enchik *******? # too secret to be exposed.




McFly punya angkara

Tau sape McFly? Uihh..tipu sangatlah kalau tak tahu kan..Band UK yang hot and kacak macak membunuh jantung dan jiwa raga aku neh.. Especially, okay I love all of them. tak pilih kasih punya. Ahaks!

Members: 

Tom Fletcher: Lead vocals and guitar
Danny Jones: Lead vocals and guitar
Dougie Poynter: Bass and vocals
Harry Judd: Drums


Demn cute!!



Aku kenal dorang ni since aku tengok citer Invicible Youth. Actually tumpang sekaki tima adik lelaki aku tengok je. Dia gila Sunny-Girls Generation. Waktu yang paling aku tunggu2 ialah bila lagu All About You ke udara. Perghh..cair beb dengar lagu ni. Aku mati2 ingat lagu tu olskool, evergreen punya taraf. Agak2 cam pakcik2 punya suaralah. Sekali aku search kat Google, lerhhh..hensem dan kacak lagi rupanya.

Since then, aku terus jatuh cinta kat band ni dan try dengar lagu2 dorang. Well, it is not half bad. Cool and superb. Kira pass aku punya standard la..haha! 

Tapi still tak bole lawan nickleback aku!Wahaha...



Saturday, July 16, 2011

Kaitan antara Milo, Kopi & Paip.

Apa kaitannya?
Ini cerita dia...

Situasi 1 : Order air kat kedai western area rumah. Waiter dia pun orang over the sea jugak. Bangla.

Babah: Air kopi, air milo. Achik nak minum apa?
Waiter: Bang, tak boleh bang. satu air saja boleh.
Kitorang: ??? (terpinga-pinga)
Babah: Apsal tak boleh pulak?
Waiter: Kalau mau air milo, milo sahaja. Tak boleh campur dengan kopi.
BAbah: Siapa kata aku nak campur. Air milo satu, air kopi satu.

Aiyarrkk!!! Kat Bangladesh orang minum kopi campur milo ke?


Situasi 2 : Beli air dekat pasar malam.

Bangla: Paip kasi, bang.# Muka selamba.
Abang air: Paip?
Bangla: Paip. Itu kasi sedut punya.
Abang air: Straw lah...
Aku dengan Alang dah tergelak.
Aku: Bang air kelapa satu.
Abang air: Nak paip?
Hahahahahah! Sekejap je Abang tu dah transfer kewarganegaraan dia. 

Wednesday, July 13, 2011

Suatu Ketika Part 3: Zaman Sekolah Rendah Takkan Tamat.

Masa kecik-kecik dulu, perwatakan aku lebih kepada boyish. Rambut pendek gila, jalan pun tak macam perempuan. Dan benda tu melarat sampai sekarang. Sampai classmate aku kat U pun panggil aku bro. Aku pakai feminin sikit, kena kutuk. Tapi, kalau aku pakai tak sudah, siap panggil ajak lepak lagi. Gila betul. Suka sangat anggap aku ni sebahagian dari dorang. Aku perempuanlah weh! Tapi, even aku ganas pun, tangan aku ni kira bersenilah sebab aku reti mengait, buat crossticth, masak, senang cerita even perangai macam jantan, aku still lagi mengekalkan kesenian wanita dalam diri aku. Untung taw kawen dengan aku. # masuk mesin basuh, spin sendiri.

Aku lagi senang macam tu sebab aku taknak kena buli. Lagipun, dengan ketinggian menggalah aku time tu takkan ada orang nak buli aku sebenarnya. Haha! Aku suka sangat pakai seluar pendek dulu. Mama sampai tak boleh nak cakap apa. Kalau dia tegur, aku jawab panas. Jadi, dia malas nak menegur aku. #Sory Ma =.="

Disebabkan keseksian melampau aku tu, adalah makcik-makcik yang tak gemar aku berkawan dengan anak dorang sebab takut berlaku hubungan songsang pulak. #aku straight ok! Banyak jugak kejadian2 lucu masa aku tomboi dulu. Ada sekali tu, Aku pergi pasar malam. Macam biasa, aku selesa dengan jersi Liverpool aku dengan seluar pendek. Chee, ingat dah cukup bergaya sangatlah time tu. Then, ada 2 orang budak perempuan ni dok usha2 aku. Weh, korang ingat aku lelaki ke weh??? Yg aku dpt dengar budak perempuan tu ckp, " Hensemlah abang tu..." Ayark!! Nampak tak dosa kat situ? Huuuu.....

Satu lagi, waktu tu aku tengah main2 kat luar. Yelah, umur pun baru 11 tahun waktu tu. Sekali, datang 2 orang mamat naik motor cari jiran aku. Tapi, jiran aku tu xde kat rumah dia. Aku bagi tahu lah yg jiran aku tu pergi rumah mak dia kat taman sebelah. Dia dgn selamba keluar idea," meh naik kat tengah ni. Tunjuk rumah khairul." Kalau aku naik motor tu memang aku gila. Aku perempuanlah weh!! Aku cakap aku boleh naik motor sendiri. bila member aku panggil aku kak yong baru dia perasan aku perempuan. Ayat dia masa tu memang xbole blah. "aku ingatkan lanang, rupanya wedok (aku ingatkan lelaki, rupanya perempuan). #berapa kali salah faham da.... 

Yang last ni paling best. Aku jalan2 pegi kedai naik motor dengan kawan aku, Nina. Dress up aku macam biasa; jersi dan seluar pendek tak cukup kain tu. Tengah rileks2 tu, tiba2 ada sorang pakcik ni tahan kitorang. Aku kenal pakcik ni sebab dia sedara jiran aku. Punyalah dia marah maki si Nina ni naik motor dengan jantan. Siap ugut nak bagitau Wak jen (bapak Nina) lagi tuh.. Nina ni pulak speaker kuat. Apa lagi dengan suara petir dia tu dia bgtau yang aku ni perempuan bukan lelaki. Pakcik tu marah aku pulak sebab pakai macam jantan buat dia salah faham. # Aku x kecik ati tapi aku gelak x hengat bila recall balik kejadian tu.

Walaupun aku dah besar sekarang ni, dan x lah setomboi dulu, orang still pandang aku ni rock. Mungkin penampilan je berubah, tapi gaya still sama kot. kazen aku pun ada yang panggil aku boy even aku dah bertudung sekarang. Jangan nanti bakal suami aku ingat aku ni buat pembedahan jantina sudah...hahaha!


Sunday, July 3, 2011

Suatu Ketika Part 2: Zaman Sekolah Rendah.

 Aku tukar sekolah 2x masa skola rendah dulu. dari darjah 1 sampai darjah 3 aku skola kat SK Sungai Binjai sebab aku duduk dengan nenek. Family aku semua kat Kelantan waktu tu. Duduk dengan nenek, faham2 jela. Ikut suka limpa aku je nak ponteng. Aku auta saket perut siket, tak payah g skola agama. Patu bila time dapat result ujian, kazen2 aku yg besar2 gabak suka la menyebok nak tau result aku. Perghh... time tu aku pandai lagi. Ranking paling teruk pun nombor 3. Bila jawab pun kerek jek.

Ada sekali tu, waktu bulan puasa. Dala ponteng, pastu aku nampak pulak adik sdara aku makan megi kat dapur. Kalau aku sepak pinggan dia, sure aku rugi jugak. So, aku wat muka sposen kat nenek aku kata aku lapar.
 Nenek aku yg sporting gila tu pun cakap," Go on cu.. Nenek don't mind. If u fell hungry, eat something. Don't shy2 cat." 
Amacam, hebat x nenek aku? Aku pun dengan tak segan terus je perabih megi tu. Tapi, waktu berbuka aku memang azablah. Duduk depan sorang2 tak boleh berbuka sama. Lepas tu ada jugak lah aku ponteng, tapi aku tak bagi tahu nenek aku sebab aku takut kebulur waktu berbuka. Huu..berdosanya aku.

Masuk darjah 4 aku tukar skolah lagi. SK Meru sebab babah aku baru balik dari Bosnia, and dia berhenti terus jadi askar. So, kitorang moving in ke rumah baru dan aku pun tukar sekolah skali. Mula tu aku masuk kelas laz skali. Memang aku jadi bisu la sebab aku tak tau cmne nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Cam kena pulau je aku rasa.

Tapi, aku terselamat sebab ada cikgu English skola tu kenal aku sebab aku tuisyen dengan dia masa darjah 3. So, aku lompat naik kelas 1st. Kira ok sebab aku kenal Nina, jiran aku yg jugak sedara aku. Naik kelas je ada pelantikan ketua dengan penolong. Aku tak looking forward sangat la sebab aku budak baru. Tapi, tah cmne si Nina ni pergi calon nama aku dah tu ramai plak gatal tangan gi sokong. 

Darjah 4 sampai darjah 6 aku jadi budak gila kuasa kerja bolot jawatan penolong ketua darjah. Bukan teringin sangat pun, orang dah bagi en. Terima je. Haha~ Aku bukanla pompuan baik sgt. kerja skola pun x buat, ponteng x payah citerla. Tapi skola agama jek. Skola Kebangsaan aku rajin siket. Stakat kena rotan dengan guru besar tu dah kira biasalah. Chee, keji je bunyiknye kan? 

Zaman ni aku rajin siket bersukan. Alasan: aku malas belajar. So, aku masuk bola baling, bola jaring. Bila hari sukan aku wakil rumah biru lari 200 meter berganti2. Acara wajib. Cuba sekarang suh aku lari..haram aku taknak. Unless terdesak, memang aku larilah. 

Tak lepas gak cinta monyet masa zaman ni. Memang bodoh tahap gabanlah. Aku pun tak tahu kenapa la aku gatal sangat masa ni. Sekarang ni, bila orang sibuk cari jodoh aku pulak yang refuse. Haila... Aku sangkut dengan sorang classmate aku ni. Nak kata hensem, tak pun. Baik, jauh sekali. Aku je felong lebih kot, padahal dia takde apa pun.hahaha~ Bodo sangat je waktu tu. Sampai sekarang, member2 aku usik aku dengan dia lagi. Hello, puh-lease... Itu citer lama. Wa da tutup buku. Mamat tu crush wa je eh. Takde rasa nak buat laki pun. Wa perlukan Imam Muda yang tinggi dan cool. #Dia (blushing)Haha~

Banyak kenangan yang aku simpan waktu tu. Haa, ada 1 tu. budak laki skolah lain ada maen bola kat skolah kitorg. Diorang ada MSSD kot time tu. Member aku Yana, anak acik kantin, so dia kenal la budak2 tu sebab mak dia masak untuk dorang dinner skali. Aku dengan Nina saje menggatal nak kenal. Aku dapat mamat ni, Zaidi nama dia, pakai jersi nombor 14. Buruk je pun orangnya. Main balas2 surat. merenyam habislah waktu tu. Lepas tu lost contact.

Masa form 3, tiba2 yana ungkit balik nama dia. Dia kata Zaidi cari aku balik. Aku pun tengah gedik lagi waktu tu setuju teruslah. Tapi, berita tak bestnya mamat tu playboy. Sim card je ada 8. Each awek, pakai each sim card. Nombor parents pakai handphone laen. Wadafak that guy. Cantik betul perangai. Aku tengok muka camtu jugak. Nasib baik lost contact. Kalau tak aku ni awek ke berapa pulak agaknya. Sheesh..

Selokah Rendah ajar aku macam mana nak bergaul, nak bersedia untuk hidup di hari muka. Still ada member backstabbing member, gaduh2 kecil, gaduh2 mulut, gaduh kaw2 tak kira lagi. Budak tak matan gryte? Tapi, semua tu sagat indah bila aku kenang balik. ^^~

Nota Kaki: Kenangan korang pun mesti best kan?




Suatu Ketika: Sekolah Tadika

Zaman tu, aku still ada kat Sibu, Sarawak lagi. Dari umur aku 1 tahun aku dah bermastautin kat situ sebab babah aku askar dulu. Tapi babah bukan prebet, dia craftman, JLJ. mekanik. Aku berkenalan dengan iban, idup pun gaya iban, cakap iban, memang slang Sarawak tu melekatlah. Bila balik semenanjung jadi bisu, sebab tak reti cakap melayu. 

Umur aku 6 tahun, babah hantar aku masuk tadika kemas dalam kem tu. Aku tak ingat apa nama kem tu. Tapi sekeliling memang bukit bukau, hutan belantaralah. Every single morning, aku akan jalan kaki pergi sekolah dengan kawan aku, Nani. Kalau tak pun, ada abang2 askar handsome yang pick up kitorang especially bila hujan. 

Aku ada sorang skandal Siam masa waktu tuh. Bapak dia dengan babah aku suka gosipkan kitorang. Aku ingat lagi nama dia, Abun Wantana. Dia gemok dan hitam. Memang tak comellah. Setiap kali waktu rehat, kitorang kena beratur ambil makanan dan duduk dalam barisan menghadap. Dan2 tu pulak, adepan aku mesti si budak Abun ni. Satu enda yg beznya, semua benda dia tak makan. Jadi, aku yang sedia kebulur ni tukang peraih makanan dialah. #Part tu jelah yang untung pun.

Then, another person is Ujang. Dia ni 6 tahun tua dari aku. Iban jugak. Tapi handsome. Kira aku rela pilih dia dari pilh Abun tu sebab dia kacak. # aku memang pandang rupa waktu tu.

Dia tinggal satu aras dengan rumah aku. Bahagian hujung, belah kanan. Ada satu hari tu, adik dia keluar rumah makan daging babi gaya cam makan ayam je gamaknya. Angah pulak dngan penuh tak segan pergi minta adik dia. Mujur adik dia tak bagi yg kat tangan tu. Dia pergi masuk ambil yg lain. Nasib baek mama sempat keluar dan menghalang. Angah terselamat dari menelan daging baby haram itu.haha~ Dua2 kitorang kena maki sebab main suka2 minta. =.="

Satu hal lagi, kawan babah. Dia baru masuk Islam, sebab dia nak berkahwin dengan wanita Islam. Baguslah, sebab Allah berikan dia hidayah untuk dia. Tapi, yang lawaknya masa hari gawai, babah pergi rumah kawan2 dia menziarah macam hari raya. Tengah ramai2 tu, tuan rumah hidangkan sup babi kat tetamu. paling tak bez bila uncle yg baru masuk Islam tu pergi hirup kuah macam takde apa2. Apa lagi, terkejut beruklah babah aku.

 Babah aku dgn coolnya tanya uncle tu," tu kan sup babi. Orang Islam mana boleh makan."

Selamba jugak uncle tu jawab," Aku hirup kuah je. Bukan makan babinya." =.=" #Boleh ke cmtu? Mestilah tak!! Gila punya Uncle.

Banyak sebenarnya pengalaman aku kat sana. Cuma itu adalah antara yang terbengong pernah aku lalui. Kalau nak cerita pasal hantu, memnag tak payah cakap lah. Playground dia je situ.haha~ #Aiyarkk?? pukul 1 pagi skarang ni!

K~ Tamat #secara tiba2.

Outing at Kedai Makan

Juz now, lebih kurang dalam pukul 8.30mlm tadi babah ajak pergi keluar makan kat kedai. Routine bulanan bila dah dapat gaji. Tapi, kali ni berbeza sikit sebab babah ajak kawan dia sekali. # Tujuan sebenar: nak cakap hal kerja.

Kedai tu area Bukit Kapar dan kitorang tak pernah pergi kedai tu pun sebelum ni. Tapi ikut jela sebab babah belanja kan. Disebabkan malam tadi ada perlawanan bola Malaysia-China Taipei, jadi ianya menjadi tumpuan kaki-kaki bola berkumpul. # mujur la tak sesak.

bosan menunggu order, kitorang join sekaki tengok bola. Waktu tu Malaysia dan Taipei dah 2-2. Abang2 kat situ memang semangat lah. Bila time memaki hamun memang tak ingat. Seram jugaklah. Sambil2 tengok bola, melayan Amirun berborak. Dia belajar 1 ayat. Maybe kedengaran biasa jek, tapi cara dia cakap memang tak kena.

" Kak Yong, Iyun ada hal nak cakaplah."

Huu..ada hal tu. Macam besar je halnya. Padahal dia cuma nak paw seringgit je dari aku. Dan dia tau aku takkan membantah sebab aku memang tak tahan dengar dia merengek lepas tu. # Serangan psikologi.

Ataupun bila aku tengah membebel, dia akan keluar ayat membunuh tu jugak. Bila aku tanya apa, jawapannya:

"Boleh tak jangan kacau Iyun. Iyun nak tengok kartun ni." # payahnya bila dah pandai bercakap.

Bila bola habis, abang2 tu balik umah, dan aku sambung borak dengan Alang kisah dahulu kala. Yelah, bosan kott. Dah lah masak tak sedap. Tawar jek. Telur goreng pun macam kena grill je gayanya. Air lagilah, tawar hebeh. No wonder tak ramai sangat. Tapi okaylah kalau setakat nak mengala perut kebulur. #Makan Habis jugak.

Thursday, June 30, 2011

Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Tadika Perpaduan Tmn Meru IV

 Meriah dan Havoc! Itu ayat yang paling sesuai. Masa aku ambil Miyun dari skola Cikgu Zana dah jerit awal1 suruh aku masuk pertandingan puding. Perghh,,aku dala menghidapi penyakit M. Tapi aku buat jugak. Puding oren. # Dadih oren sebenarnya.

Petangnya, aku tolong cikgu kemas skolah lepas habis buat karipap sardin. Siap mengemas, tampal2 huruf kat dinding, aku balik sebab nak decorate puding oren aku tuh. Memang gelak2 sebab nampak kelakar. Semua kaler oren. Puding oren, garnishing pun buah oren gak. # Kak Lang bet aku kalah. Dan ya! memang tepat skali.

Bila acara dimulakan, keadaan memang tak terkawal. Yelah, budak2 tu langsung tak boleh duduk diam. Sian aku tengok cikgu dorang. Muka pun pucat ke memasing. Acara dimulakan macam biasalah. Bacaan doa, perasmian, ucapan siket2

Bila masuk bab persembahan lagi meriah. Persembahan murid 6 tahun nampak matang. Mungkin sebab da berakal siket. bila masuk persembahan murid 5 tahun.haaaa... Ambik kao!! Dorang nyanyi lagu "Rasa Sayang" macam nak runtuh bangunan. bila masuk part "buah cempedak diluar pagar..." sume diam jek. Masuk corus, haaa...semangat. 

Next acara potong kek ibu dan bapa. Bapak aku pun ke depan potong kek. Bila ibu potong, dorang nyanyi lagu Ibu. Bila time bapa potong kek, dorang  nyanyi lagu Wali band. "Cari Jodoh" # sesuai untuk babah aku yang single tuh ;p

Pastu, kejadian x bez berlaku: Miyun nangis sebab teringatkan mama.T_T" Jadi dia tak join la aktiviti seterusnya. Babah bawa dia balik rumah.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah. Budak2 da makin bosan. Keadaan jadi makin tak terkawal. Ada yang bergaduh kat belakang, ada yang buat side flip, berebut kerusi tak kira lagi. Aku yg tengok ni tak benti tergelak. # Bayangkan bila ada anak sendiri esok.

Semua pemenang mendapat hadiah. Setiap ibu bapa pun diberi cenderahati. Ada akak jiran aku tu 3x amek cenderahati sebab anak dia 3 org skola kat situ. Bila part aku sampai, cikgu tu buat annoncement. "Bapa dan kakak kepada adik Amirun Akmal. Ha, kak yong. Ambil ni." Aiyarkk!! kenapa kak yong? x glemer betul.


Acara paling penting selepas itu adalah makan2...Well, at least aku ada menyumbang something bukan sekadar datang makan bodo je kat situ ryte. Jadi malam tadi, penat aku gelak melihat telatah budak2 tak cukup umur. ^^~

Nota Kaki: Kalau aku jadi cikgu tadika agak2 ada budak yang kena dera tak?





Wednesday, June 29, 2011

Tolong Hilangkan Diri. NOW!


Buat masa ni, aku tiba2 rasa nak hilangakn diri dari semua orang. Nak sangat. Aku nak mulakan sesuatu yang baru tanpa bayangan sesiapa. Boleh ke? wargh...kenapa aku selalu rasa nak hilangkan diri dari kawan2 aku? Atul, kau selfish! *do i care?*

Saturday, June 4, 2011

♥Love Ayah Ibu!♥


Salute toing2 pada ayah dan ibu  tunggal yang tak pernah putus asa mendidik anak mereka biarpun  macam-macam rintangan, masalah yang diorang kena tempuh. Apa lagi semua tu terpaksa di tempuh sorang2.♥ tabik !!
Kes satu:
Tak lain tak ukan, ayah aku! ♥♥♥ kalau nk gambarkan rasa sayang aku kat parent aku memang tak tergambar lah kan. Sejak mama takde babah yang didik kitorang. Bagi makan pakai secukupnya. Sedih aku tengok babah kerja awal pagi, balik sampai malam. Buat masa ni kaka tak mampu lagi nak balas jasa babah. Tapi, kakak janji akan belajar sungguh2, buat perkara yg berguna yg boleh banggakan babah dan mama.♥♥♥
Kes Dua:
Ibu tunggal. Memang aku bangga dan salute sgt sebab sgt susah hidup tanpa suami.  Ibu tunggal yg aku jumpa ni sgt tabah dan kuat mendidik 2 orang anak lelaki dia. Dia dtg makan kat kedai aku. Anak dia sgt aktif. Main dengan pekerja lelaki. Ke sana ke mari. Macam dah lama kenal. Masa nk byr, baru aku tau akak tu kurang upaya. dia susah nak berjalan, dan pegang barang dgn sempurna. 
Aku: Aktif anak-anak akak. 
Akak:  Budak takde ayah memang macam tu. diorang  suka ikut lelaki. 
Aku: Suami akak meninggal ke? 
Akak: Dia cabut lari. Tak bagi nakfah  tak bagi apa. Kalau akak senang je, orang tanya akak cakap dah mati. Orang mati je tak boleh bagi nafkah kat anak-anak diorang. Akak ni kira gantung tak bertali lah.
Aku salute akak tu sebab dia mampu jaga anak dia dengan sempurna walaupun dia tak macam kita.


Nota Kaki: Ayah dan Ibu adalah orang yang patut kita sayang dan tak sia-siakan! 
 

 
 



Wednesday, May 25, 2011

Demam Domo-kun!!

Sape tak kenal makhluk coklat bermulut besar ni kan? Demam inche Domo-kun ni dah melanda budak2, kakak budak, dan pelbagai taraf umur kat Malaysia ni. Adik2 aku pun tak terkecuali. 

Satu malam adik aku keluar idea bernas untk aku, "Along, ko reti kait domo-kun tak? Member2 aku tengah giler domo-kun kat skolah. Laku ni kalaw buat bisnes."
Huuu..mana ada orang nak tolak rezeki depan mata beb. Aku pun sepantas angin pergi cari crochet pattern. Nasib memang baik sebab aku terjumpa page ni, nerdigurumi.com. Nampak macam senang sebab aku paham explaination yang dia bagi tuh.
Kank gini la rupanya bila da siap.
Sekarang tinggal nak beli benang, kaen felt, dan cari jarum kait aku yang dah ku campak ke manatah..hahahahaha!

Saturday, May 7, 2011

If you want someone to respect you...

Biasa dengar ayat ni kan? "Kalau nak orang respect kita, kita kena respect orang balik." Kalau diri sendiri pun dah semedang je cakap kasar dengan orang, orang pun tension gak en? Kadang tu rasa nak bagi kaki je. Aku tak menujukan entry ni kat sesape, tapi buat yang terasa tu aku minta maaflah kay! ^.^
Lagi benda yang biasa orang sebut, "Yang tua dihormati, yang muda disayangi". Phrase ni kira sangat betul dan wajib digunakan dalam kehidupan seharian. Yelah, dok menengking2 orang yang lagi tua dari kita, nampak elok ke? Kata, Budi Bahasa Budaya Kita. Mana pergi semua tu? 
1 kes berlaku dari pengalaman sendiri, si anak marah sebab ada orang guna extension wayar bilik dia lepas tu x letak kat tempatnya semula. Sakan la dia menjerit sape yang guna tak reti nak simpan. Ayat yang sepatutnya keluar dari mulut dia, "siapa yang guna ni, kenapa tak simpan balik?(dalam nada bertanya yang baik) susah ke??? Dah sure la orang yang guna tu terasa hati. Lagi2 ayah sendiri kan? Si ayah pun terasa hati sebab si anak menjerit sebegitu rupa walaupun officiallynya ayat tu tak ditujukan pada sesiapa. 
Jangan selalu fikir perasaan kecil hati kita pada orang sebab itu hanya akan membuat kat kita bertambah benci pada orang tu. Tapi fikirlah, apa pula perasaan orang bila mereka x direspect? Tentu korang pernah rasa jugak kan? Simple kata, kalau kita selalu dok menengking orang, marah2 orang, apalagi tak respect, agak2lah, ada tak orang nak respect ita? Nak tolong kita waktu kita susah?
Nota kaki: Aku pun buat salah, tapi aku cuba untuk belajar respect orang yang lebih tua dari aku sebab aku rasa diorang layak untuk dihormati. ^.^


Sunday, May 1, 2011

♥NewlyWeds♥


Kawan baik masa sekolah dah pun kawen!!! Majlis selesai dengan jayanya, Alhamdulillah. Kawan yang kami tak sangka akan kawen dulu. Sangat! Dia kira 1 league dengan aku gak. Gila1, sempoi, ganas, boyish... Ramai orang pun tak sangka dia akan medahului yang lain. (Actually ada lagi yang da kawen) Congrats Siti Nabilah & Mohd Azmi!!
 Aku dah berkampung kat rumah Nabilah dari hari jumaat malam. Siap tidur sana, tolong buat hantaran, yang paling best : tolong nabilah jahitkan manik kat baju nikah. (soryla kalau hasilnya tak memuaskan) aku sambung mana2 kerja dia yang tak habis. Orang da kelam kabutkan, kena la mainperanan jugak. Lagi permintaan cambest, aku kena jadi PENGAPIT!! (tak sanggup nk upload gambar) sheesh, aku la pengapit paling tak best dalam dunia. sorry nabila..T_T
Kena tinggal!

After habis majlis, kitorang ikut dia pergi outdoor. memang havoc la. Haru je tempat tu dibuat kitorang. Siap minta abang photographer tu blanja KFC lagi..memangla... Orang lain yang kawen, kitorang yang semangat. =.="
kategori: nasyid wanita terbaik


Hide and seek


Nota kaki: I also wait for my jodoh =] 
Jodoh, where are you?


Wednesday, April 27, 2011

Redo projek lama!

      Projek lama yang tak setel2. Benda ni dirangka masa semester 5 tahun lepas. Sekarang ni dah habis belajar pun, projek tuh tak setel2 lagi. Sekarang ni, dengan harapan tinggi nak menyiapkan projek tu dalam masa terdekat. Paling koman pun makan 2 ke 3 bulan. Idea nak mai bukannya senang Tambah lagi kalau benda formal macam tu. Aku berharap sangat kali ni aku dapat hantar complete copy kat publisher tu, dan kalau ada rezeki, projek tu boleh diterbitkan.InsyaAllah. Ni adalah salah satu impian aku, aku harap aku berjaya.
       But first thing, mana aku campak draft aku yek? =.="

Buat si dia


 P/s:Kepada  Kamu, jangan baca ni tau. Malu dowh! haha =.="
Saya bukan seorang yang baik, sweet, tah apa kejadah lagi karakter comel2 yang diperlukan untuk menjadi seorang perempuan yang nampak sopan di mata kamu. Saya tahu, kamu mengenali saya sebagai Naziatul Akma; diri saya yang sebenar. Perkenalan kita selama * tahun ni membuatkan kamu mendapat tempat di hati saya sebagai seorang kawan baik yang havoc, sempoi, dan understading.
Tak lama lepas tu, kamu meluahkan rahsia hati kamu pada saya. Terkejut. Memang saya terkejut sangat. Kawan baik sendiri jatuh hati, rasa macam pelik. Dalam banyak2 orang, kamu pilih saya. Dan jawapan saya, maaf kamu bukan orangnya. Hati saya sudah dimiliki oleh seorang lelaki bernama ******* . Biarpun kami tak pernah nak update status kami, tapi saya tetap sayang dia semenjak 4 tahun lepas.
Ramai orang bagitahu saya, kenapa mengharap pada  benda yang kita tak pasti, sedangkan yang nyata ada kat depan mata kita. Tapi, saya tak boleh tipu hati saya, saya memang sayang kat dia. Kamu, bukan kamu tak setanding dia, tapi saya dah limitkan perasaan saya pada kamu sebagai teman baik, malah sebagai adik beradik kepada saya.
 Saya pernah minta kamu jangan ungkit lagi hal ni depan kawan2 yang lain. Terima kasih sebab bebuat camtu biarpun saya tahu kamu sedih. Saya cuma tak nak kamu salah pilih orang. Saya selalu doa kamu jumpa yang terbaik yang mampu menjaga kamu lebih dari saya. 
Terlalu banyak tanggungjawab yang perlu saya pikul, saya tak de masa untuk semua benda berkaitan hati dan perasaan. Saya tak bersedia lagi untuk buka hati saya, confess secara depan kepada sesiapa pun yang saya suka. Biar saya simpan sendiri. Lagipun, saya dah terbiasa hidup single. Takde kongkongan, bebas membuat pilihan.
Cuma, siapa pun jodoh saya, saya redha dengan ketentuan Allah. Saya cuma mengharapkan yang terbaik untuk diri saya. Semoga lelaki itu mampu menjaga saya dengan baik <3  Amin. Dan kamu, saya minta maaf sebab mengecewakan kamu. Apapun, saya tetap sayang kamu biarpun hubungan kita dah jadi awkward sangat lately ni. Benda takkan jadi normal kalau melibatkan hal hati dan perasaan kan??