Showing posts with label Aku gila. Show all posts
Showing posts with label Aku gila. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

‎20 CARA BUAT ROOMATE ANDA GILE :D



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”... horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat..

Tuesday, July 26, 2011

McFly punya angkara

Tau sape McFly? Uihh..tipu sangatlah kalau tak tahu kan..Band UK yang hot and kacak macak membunuh jantung dan jiwa raga aku neh.. Especially, okay I love all of them. tak pilih kasih punya. Ahaks!

Members: 

Tom Fletcher: Lead vocals and guitar
Danny Jones: Lead vocals and guitar
Dougie Poynter: Bass and vocals
Harry Judd: Drums


Demn cute!!



Aku kenal dorang ni since aku tengok citer Invicible Youth. Actually tumpang sekaki tima adik lelaki aku tengok je. Dia gila Sunny-Girls Generation. Waktu yang paling aku tunggu2 ialah bila lagu All About You ke udara. Perghh..cair beb dengar lagu ni. Aku mati2 ingat lagu tu olskool, evergreen punya taraf. Agak2 cam pakcik2 punya suaralah. Sekali aku search kat Google, lerhhh..hensem dan kacak lagi rupanya.

Since then, aku terus jatuh cinta kat band ni dan try dengar lagu2 dorang. Well, it is not half bad. Cool and superb. Kira pass aku punya standard la..haha! 

Tapi still tak bole lawan nickleback aku!Wahaha...



Wednesday, July 13, 2011

Suatu Ketika Part 3: Zaman Sekolah Rendah Takkan Tamat.

Masa kecik-kecik dulu, perwatakan aku lebih kepada boyish. Rambut pendek gila, jalan pun tak macam perempuan. Dan benda tu melarat sampai sekarang. Sampai classmate aku kat U pun panggil aku bro. Aku pakai feminin sikit, kena kutuk. Tapi, kalau aku pakai tak sudah, siap panggil ajak lepak lagi. Gila betul. Suka sangat anggap aku ni sebahagian dari dorang. Aku perempuanlah weh! Tapi, even aku ganas pun, tangan aku ni kira bersenilah sebab aku reti mengait, buat crossticth, masak, senang cerita even perangai macam jantan, aku still lagi mengekalkan kesenian wanita dalam diri aku. Untung taw kawen dengan aku. # masuk mesin basuh, spin sendiri.

Aku lagi senang macam tu sebab aku taknak kena buli. Lagipun, dengan ketinggian menggalah aku time tu takkan ada orang nak buli aku sebenarnya. Haha! Aku suka sangat pakai seluar pendek dulu. Mama sampai tak boleh nak cakap apa. Kalau dia tegur, aku jawab panas. Jadi, dia malas nak menegur aku. #Sory Ma =.="

Disebabkan keseksian melampau aku tu, adalah makcik-makcik yang tak gemar aku berkawan dengan anak dorang sebab takut berlaku hubungan songsang pulak. #aku straight ok! Banyak jugak kejadian2 lucu masa aku tomboi dulu. Ada sekali tu, Aku pergi pasar malam. Macam biasa, aku selesa dengan jersi Liverpool aku dengan seluar pendek. Chee, ingat dah cukup bergaya sangatlah time tu. Then, ada 2 orang budak perempuan ni dok usha2 aku. Weh, korang ingat aku lelaki ke weh??? Yg aku dpt dengar budak perempuan tu ckp, " Hensemlah abang tu..." Ayark!! Nampak tak dosa kat situ? Huuuu.....

Satu lagi, waktu tu aku tengah main2 kat luar. Yelah, umur pun baru 11 tahun waktu tu. Sekali, datang 2 orang mamat naik motor cari jiran aku. Tapi, jiran aku tu xde kat rumah dia. Aku bagi tahu lah yg jiran aku tu pergi rumah mak dia kat taman sebelah. Dia dgn selamba keluar idea," meh naik kat tengah ni. Tunjuk rumah khairul." Kalau aku naik motor tu memang aku gila. Aku perempuanlah weh!! Aku cakap aku boleh naik motor sendiri. bila member aku panggil aku kak yong baru dia perasan aku perempuan. Ayat dia masa tu memang xbole blah. "aku ingatkan lanang, rupanya wedok (aku ingatkan lelaki, rupanya perempuan). #berapa kali salah faham da.... 

Yang last ni paling best. Aku jalan2 pegi kedai naik motor dengan kawan aku, Nina. Dress up aku macam biasa; jersi dan seluar pendek tak cukup kain tu. Tengah rileks2 tu, tiba2 ada sorang pakcik ni tahan kitorang. Aku kenal pakcik ni sebab dia sedara jiran aku. Punyalah dia marah maki si Nina ni naik motor dengan jantan. Siap ugut nak bagitau Wak jen (bapak Nina) lagi tuh.. Nina ni pulak speaker kuat. Apa lagi dengan suara petir dia tu dia bgtau yang aku ni perempuan bukan lelaki. Pakcik tu marah aku pulak sebab pakai macam jantan buat dia salah faham. # Aku x kecik ati tapi aku gelak x hengat bila recall balik kejadian tu.

Walaupun aku dah besar sekarang ni, dan x lah setomboi dulu, orang still pandang aku ni rock. Mungkin penampilan je berubah, tapi gaya still sama kot. kazen aku pun ada yang panggil aku boy even aku dah bertudung sekarang. Jangan nanti bakal suami aku ingat aku ni buat pembedahan jantina sudah...hahaha!


Sunday, July 3, 2011

Suatu Ketika Part 2: Zaman Sekolah Rendah.

 Aku tukar sekolah 2x masa skola rendah dulu. dari darjah 1 sampai darjah 3 aku skola kat SK Sungai Binjai sebab aku duduk dengan nenek. Family aku semua kat Kelantan waktu tu. Duduk dengan nenek, faham2 jela. Ikut suka limpa aku je nak ponteng. Aku auta saket perut siket, tak payah g skola agama. Patu bila time dapat result ujian, kazen2 aku yg besar2 gabak suka la menyebok nak tau result aku. Perghh... time tu aku pandai lagi. Ranking paling teruk pun nombor 3. Bila jawab pun kerek jek.

Ada sekali tu, waktu bulan puasa. Dala ponteng, pastu aku nampak pulak adik sdara aku makan megi kat dapur. Kalau aku sepak pinggan dia, sure aku rugi jugak. So, aku wat muka sposen kat nenek aku kata aku lapar.
 Nenek aku yg sporting gila tu pun cakap," Go on cu.. Nenek don't mind. If u fell hungry, eat something. Don't shy2 cat." 
Amacam, hebat x nenek aku? Aku pun dengan tak segan terus je perabih megi tu. Tapi, waktu berbuka aku memang azablah. Duduk depan sorang2 tak boleh berbuka sama. Lepas tu ada jugak lah aku ponteng, tapi aku tak bagi tahu nenek aku sebab aku takut kebulur waktu berbuka. Huu..berdosanya aku.

Masuk darjah 4 aku tukar skolah lagi. SK Meru sebab babah aku baru balik dari Bosnia, and dia berhenti terus jadi askar. So, kitorang moving in ke rumah baru dan aku pun tukar sekolah skali. Mula tu aku masuk kelas laz skali. Memang aku jadi bisu la sebab aku tak tau cmne nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Cam kena pulau je aku rasa.

Tapi, aku terselamat sebab ada cikgu English skola tu kenal aku sebab aku tuisyen dengan dia masa darjah 3. So, aku lompat naik kelas 1st. Kira ok sebab aku kenal Nina, jiran aku yg jugak sedara aku. Naik kelas je ada pelantikan ketua dengan penolong. Aku tak looking forward sangat la sebab aku budak baru. Tapi, tah cmne si Nina ni pergi calon nama aku dah tu ramai plak gatal tangan gi sokong. 

Darjah 4 sampai darjah 6 aku jadi budak gila kuasa kerja bolot jawatan penolong ketua darjah. Bukan teringin sangat pun, orang dah bagi en. Terima je. Haha~ Aku bukanla pompuan baik sgt. kerja skola pun x buat, ponteng x payah citerla. Tapi skola agama jek. Skola Kebangsaan aku rajin siket. Stakat kena rotan dengan guru besar tu dah kira biasalah. Chee, keji je bunyiknye kan? 

Zaman ni aku rajin siket bersukan. Alasan: aku malas belajar. So, aku masuk bola baling, bola jaring. Bila hari sukan aku wakil rumah biru lari 200 meter berganti2. Acara wajib. Cuba sekarang suh aku lari..haram aku taknak. Unless terdesak, memang aku larilah. 

Tak lepas gak cinta monyet masa zaman ni. Memang bodoh tahap gabanlah. Aku pun tak tahu kenapa la aku gatal sangat masa ni. Sekarang ni, bila orang sibuk cari jodoh aku pulak yang refuse. Haila... Aku sangkut dengan sorang classmate aku ni. Nak kata hensem, tak pun. Baik, jauh sekali. Aku je felong lebih kot, padahal dia takde apa pun.hahaha~ Bodo sangat je waktu tu. Sampai sekarang, member2 aku usik aku dengan dia lagi. Hello, puh-lease... Itu citer lama. Wa da tutup buku. Mamat tu crush wa je eh. Takde rasa nak buat laki pun. Wa perlukan Imam Muda yang tinggi dan cool. #Dia (blushing)Haha~

Banyak kenangan yang aku simpan waktu tu. Haa, ada 1 tu. budak laki skolah lain ada maen bola kat skolah kitorg. Diorang ada MSSD kot time tu. Member aku Yana, anak acik kantin, so dia kenal la budak2 tu sebab mak dia masak untuk dorang dinner skali. Aku dengan Nina saje menggatal nak kenal. Aku dapat mamat ni, Zaidi nama dia, pakai jersi nombor 14. Buruk je pun orangnya. Main balas2 surat. merenyam habislah waktu tu. Lepas tu lost contact.

Masa form 3, tiba2 yana ungkit balik nama dia. Dia kata Zaidi cari aku balik. Aku pun tengah gedik lagi waktu tu setuju teruslah. Tapi, berita tak bestnya mamat tu playboy. Sim card je ada 8. Each awek, pakai each sim card. Nombor parents pakai handphone laen. Wadafak that guy. Cantik betul perangai. Aku tengok muka camtu jugak. Nasib baik lost contact. Kalau tak aku ni awek ke berapa pulak agaknya. Sheesh..

Selokah Rendah ajar aku macam mana nak bergaul, nak bersedia untuk hidup di hari muka. Still ada member backstabbing member, gaduh2 kecil, gaduh2 mulut, gaduh kaw2 tak kira lagi. Budak tak matan gryte? Tapi, semua tu sagat indah bila aku kenang balik. ^^~

Nota Kaki: Kenangan korang pun mesti best kan?




Suatu Ketika: Sekolah Tadika

Zaman tu, aku still ada kat Sibu, Sarawak lagi. Dari umur aku 1 tahun aku dah bermastautin kat situ sebab babah aku askar dulu. Tapi babah bukan prebet, dia craftman, JLJ. mekanik. Aku berkenalan dengan iban, idup pun gaya iban, cakap iban, memang slang Sarawak tu melekatlah. Bila balik semenanjung jadi bisu, sebab tak reti cakap melayu. 

Umur aku 6 tahun, babah hantar aku masuk tadika kemas dalam kem tu. Aku tak ingat apa nama kem tu. Tapi sekeliling memang bukit bukau, hutan belantaralah. Every single morning, aku akan jalan kaki pergi sekolah dengan kawan aku, Nani. Kalau tak pun, ada abang2 askar handsome yang pick up kitorang especially bila hujan. 

Aku ada sorang skandal Siam masa waktu tuh. Bapak dia dengan babah aku suka gosipkan kitorang. Aku ingat lagi nama dia, Abun Wantana. Dia gemok dan hitam. Memang tak comellah. Setiap kali waktu rehat, kitorang kena beratur ambil makanan dan duduk dalam barisan menghadap. Dan2 tu pulak, adepan aku mesti si budak Abun ni. Satu enda yg beznya, semua benda dia tak makan. Jadi, aku yang sedia kebulur ni tukang peraih makanan dialah. #Part tu jelah yang untung pun.

Then, another person is Ujang. Dia ni 6 tahun tua dari aku. Iban jugak. Tapi handsome. Kira aku rela pilih dia dari pilh Abun tu sebab dia kacak. # aku memang pandang rupa waktu tu.

Dia tinggal satu aras dengan rumah aku. Bahagian hujung, belah kanan. Ada satu hari tu, adik dia keluar rumah makan daging babi gaya cam makan ayam je gamaknya. Angah pulak dngan penuh tak segan pergi minta adik dia. Mujur adik dia tak bagi yg kat tangan tu. Dia pergi masuk ambil yg lain. Nasib baek mama sempat keluar dan menghalang. Angah terselamat dari menelan daging baby haram itu.haha~ Dua2 kitorang kena maki sebab main suka2 minta. =.="

Satu hal lagi, kawan babah. Dia baru masuk Islam, sebab dia nak berkahwin dengan wanita Islam. Baguslah, sebab Allah berikan dia hidayah untuk dia. Tapi, yang lawaknya masa hari gawai, babah pergi rumah kawan2 dia menziarah macam hari raya. Tengah ramai2 tu, tuan rumah hidangkan sup babi kat tetamu. paling tak bez bila uncle yg baru masuk Islam tu pergi hirup kuah macam takde apa2. Apa lagi, terkejut beruklah babah aku.

 Babah aku dgn coolnya tanya uncle tu," tu kan sup babi. Orang Islam mana boleh makan."

Selamba jugak uncle tu jawab," Aku hirup kuah je. Bukan makan babinya." =.=" #Boleh ke cmtu? Mestilah tak!! Gila punya Uncle.

Banyak sebenarnya pengalaman aku kat sana. Cuma itu adalah antara yang terbengong pernah aku lalui. Kalau nak cerita pasal hantu, memnag tak payah cakap lah. Playground dia je situ.haha~ #Aiyarkk?? pukul 1 pagi skarang ni!

K~ Tamat #secara tiba2.

Wednesday, June 29, 2011

Tolong Hilangkan Diri. NOW!


Buat masa ni, aku tiba2 rasa nak hilangakn diri dari semua orang. Nak sangat. Aku nak mulakan sesuatu yang baru tanpa bayangan sesiapa. Boleh ke? wargh...kenapa aku selalu rasa nak hilangkan diri dari kawan2 aku? Atul, kau selfish! *do i care?*

Sunday, March 20, 2011

Argghh!!!!!!!Saketnya hati! (Jangan baca kalau tak larat. Panjang ni..da saket hati sangat)

Aku tahan saket hati ni dari khamis lepas. SAKET SANGAT! Kenapa lah makcik tu macam tu ye? Kalau pun masalah menopous, tak payah la nak tarik aku sekali. Mujur aku ni masih ada lagi rasa hormat kat orang yang lebih tua dari aku. Kalau tak, memang aku selebet jek makcik tu.
                               

Khamis lepas: masa aku nak buat dressing thousand island, telur rebus takde, jadi akak Demi kat tempat aku suruh aku pergi minta telur rebus 6 biji kat kitchen restaurant KITE'S. Aku dengan muka tak bersalah pergilah minta sebab tak terfikir pun nak kena maki masa tu. Masa aku tanya telur tu ada ke tak, akak puaka tu da tenung aku macam nak telan. Serius menakutkan. tapi aku stil senyum lagi sebab aku fikir dia bergurau. tak semena dia menjerit " SEMUA BENDA NAK MINTA KAT KITE'S. BUAT LAH SENDIRI. INGAT KITE'S NI APA?" huuuu...nak tercabut telinga aku dengar dia menjerit.

Hari yang sama, aku minta daun parsley  pulak. Minta kat orang lain, tapi dia lalu situ pulak. Ayat yang sama dia ulang kat aku dengan muka macam lion king. Aku dah tak boleh sabar, aku sound akak puaka tu,"AKAK, SAYA DAH TOLONG TOLAK BARANG AKAK DARI RECEIVING AREA HARI2 DAH CUKUP BAIK TAU" nak berkira sangat. dasar tak mengenang budi!

Paling aku bengang: Tadi, Chef aku bagitahu akak puaka tu  yang aku masuk outlet dia esok. Fuhh, awal2 lagi dah nak tarik aku kerja dengan dia. suruh tolong kat local kitchen. Aku diam jelah. Pastu aku cakap kat dia yang aku tak boleh masuk pukul7 sebab aku kena hantar adik aku pergi tadika. paling awal aku boleh sampai pukul 9. Dengan kereknya dia menjawab, "AKU TAK TAHU. ITU MASALAH AKU KE? TRAINEE IS TRAINEE. BELAJAR TETAP BELAJAR. APA MASALAH KO AKU TAKNAK TAHU." PERGHHH memang menyirap gila darah aku! Makcik ni memang sial. Tak taw kesah lagi main nak sembur je. Cakap tak pakai otak, macam tu lah. Terus aku blah masuk loker. Memang aku kecewa gila punya. At least tanya apa masalah aku. 

 Aku nangis sendiri kat loker. Salah aku ke jadi anak yatim? Salah aku ke aku kena uruskan family aku sebab aku takde mak? Salah aku ke Mak aku meninggal? Boleh tak tanya elok2 kenapa aku tak boleh masuk awal? Kenapa susah sangat nak cakap elok2? Aku tak kan terasa kalau dia cakap elok2. Macam tu punya leader nak suruk orang hormat? Baik balik rumah jaga laki kau lagi baik!

Disebabkan makcik puaka tu, aku tak jadi nak masuk outlet tu esok. Biarlah aku kena menapak jauh pergi garden terrace. Aku tak kesah! Heloo, kira baik aku bagi tahu dia aku nak nak masuk outlet dia esok. Dari yang lain, lesap tah kemana sebab tanak masuk tempat puaka tu.

To makcik puaka: Now I know why people don't like you. Please change if u want to be respected by ur staff. If not, resign faster. There are more younger and talented people out there can replace ur position.

Friday, March 18, 2011

♥ Dalam tension sempat berposing ♥

     Alkisahnya, hari ni aku masuk kerja pukul 8 pagi semata- mata nak pergi kerja pakai baju kurung =.=" 
     Credit to Ateen Kecik sebab bagi tumpang kereta. Yelah, kalau nak naik motor macam selalu mau rabak kain aku. HAHA! Masuk kerja pukul 8, bermakna kitorang akan meninggalkan hotel tepat pada pukul 4 (bab balik memang punctual).

      Tepat seperti sumpahan yang dikeluarkan dari mulut kak Isma, memang balik tu hujan. Agak lebat lah jugak. Ateen dengan bangganya berkata, "Atul, Aku ada payung!" Heh, kira selamatlah nak menapak ke tempat parking ni. Dengan bergayanya aku dan Ateen berjalan dibawah payung yang kecik tu menuju ke parking. Terpaksa la aku bongkok sikit sebab makcik sorang ni tak cukup inci. HAHA! (sorry Ateen) Tah macam mana, angin tetiba je bertiup dengan kuat macam nak sabotaj kitorang berdua. Tak pepasal payung tu rosak.  Segala besi terjongket ke atas. Sakan aku ngan Ateen gelak. Selamba jugak kitorang berlenggang Mak Limah menuju ke kereta. Duhh, musibah sungguh. Takdir tu Atul, jangan merungut! @_@


♥ Posing dulu sebelum gerak! ♥

      Kitorang bergerak pulang dengan hapee sebab tak kena hujan dah. Ateen berhenti dulu kat Shell sebab nak topap. Sempat aku berposing dalam basah2 tuh.
♥ Tudung dengan tingkap dah sama basah. ♥
      Perjalanan diteruskan. Kitorang borak2 kosong pasal kenangan2 lalu sambil menjerit2 bila namapk Honda Insight lalu, nampak Inspira lalu pun kitorang jerit gak. Dalam kereta kan, bukan orang dengar pun. Sampai traffic light kat depan Politeknik tu, aku sempat tanya kat Ateen nak lalu NKVE  ke Puncak Alam. Dia lepak je jawab lalu NKVE sanbil mulut menyumpah2 Hilux yang cam mabuk kat depan kereta kitorang ni. Aku iyekan je. Yelah, bukan aku yang memandu kan.

      Selekoh sebelum tol Bukit Jelutong sekali lagi dia menyumpah Naza Kia depan kitorang yang slow macam siput khinzir. Sekali tengok Cina apek tua rupanay. Mulut dia sedap menyebut cina tibet la, apa la. Kutuk nenek moyang sendiri! haha (Nenek Ateen seorang Cina)

      Tensen kali kedua bermula di tol Setia Alam. Semua kaunter tol tu menyala lampu merah. Cuma satu bahagian je berlampu hijau. Tu pun bahagian cash. Kitorang plak guna smart tag masa tu. Kat sini la tension bermula sebab kitorang terkandas dari pukul 4.30 ptg-5.30ptg. orang belakang dah hon2 tak menyabar. Gaya kalau hon tu kereta terus boleh terbang macam dalam iklan. Choi! Apalagi, untuk menghilangkan tension, kitorang berdua pun posing tak hengat la!


♥ Arab la sangat! ♥
♥ Habit kekal: bersila dalam kereta. ♥


♥ Ateen konon comel ♥

♥ Gila! ♥
♥ Akhirnya posing dengan sempurna ♥
Sampai rumah dekat pukul 6. sama je macam balik pukul 5 setiap hari. =.=" 
Apapun thanks to Ateen Kecik sebab bagi saya tumpang kereta awak! Cayang awak ketat2!

Sunday, February 20, 2011

Saya Rasa Macam~~~~

macam dah jatuh cinta lagik!!!!
hahaha~ mangsa kali ni budak lelaki bernama **** yg juga seorang penuntut kolej. nasib dia kira tak berapa baik sangat sebab terpilih sebagai orang yang aku suka.hahaha~ nak buat macam mana, redho je la ek


~in lurve~
                                                              
citernye-->> hari2 aku tengok dia ni kat cafe. usha dalam senyap (cam pervert jek). dia nampak macam baik, innocent (i loike his white specks.cute gilar!!) , friendly, and segala apa sifat yang indah2 la.. (suka punya pasal). aku tak pernah sekali pun bertegur dengan dia, senyum apatah lagi kan. tapi tah apa la yang buat aku bingai sangat, aku suh member 1 kolej dia minta number. chee.. ni konon berani sangat la. berdebar2 gak aku. kot2 x bagi ke. rupanya, DAPAT!!! best gila masa tuh. berbunga2 tak hengat hati aku (padahal dia stil tataw aku yang mana 1.sengal aku ni!) aku tak terus mesej dia. sebab tiba2 aku terfikir, "kalaw dia ada awek macam mana?" so, aku tak mesej dia. akurasa serabut. tiba2, kawan aku suggest kat aku buat istikharah. aku buat, tapi dia tak muncul langsung dalam mimpi aku. lagi aku depress (kononlarrr..) 
  ~saya rasa saya suka awak!~
                                                          

tiba2 esoknya, kak bib (staff tempat aku practikal) bagitau sumting yang buat aku terkejut kalah beruk. (haha~) statementnya: dia suka PEREMPUAN ROX (that's me!x control punya), dia TAKDE AWEK (yes!!!), tapi....dia layan clubbing gak (sheesh..harap2 dia berubah) apa yang kak bib bagitau tu buat aku fikir. ini petunjuk ke? hurmmm...
~dia akan nyanyi lagu techno untuk saya ke?~
                                      
dan tadi, warghhh!!!!!!!! secara tak sengaja aku terserempak dengan dia di depan chef ofis. aku yg tengah rancak berborak dengan kawan aku boleh terdiam+ terbehenti.(harap2 dia tak perasan. malu seyh...) pastu, cepat2 aku jalan masuk loker (jantung aku time tu, macam snaredrum waktu persembahan pacaragam dah gayanya...) malu gilak kowt! apsal la aku tak react macam selalu. =_="
~malu sampai blushing~

kemudian, 1 keputusan drastik. aku minta sheila tolong create mesej untuk di send pada dia (gila betul! but credit to sheila. thanx ya!) ayat2 sheila bley tahan gak. tahap macam nakmembunuh gak sebab aku tak reti bila masuk bab2 macam ni. so, kira merujuk pada yang pakar la ni. (hehe~)  sheila pesan: "mesej ni anta pagi, tengah hari, malam. tulis bnda2 simpla. buat la dalam seminggu ke, sebulan.NON STOP! then, after that, slow down...tengok reaction dia. hurmm, agak2 bley berjaya ke? jangan aku yang terlupa nak hantar sudeyla..hahaha~
~angan2 tak menahan~

Wednesday, February 9, 2011

I am an observer

dalam perjalanan balik rumah tadi, macam2 aku perati dan macam2 terlintas kat fikiran aku.. aku tengok orang kerja kilang berderet2 masuk keje, bderet2 gak balik keje. most of them adalah ABANGLA atau bahasa x sopannya bangla. aku tengok dorang melintas jalan da gaya macam ayam. main lintas ikut suka. kot kaler masing2 tu cerah len citerla. ni nak kena suluh dgn infrared baru nampak sorang2. aku pahamla masing2 excited nak balik rumah membongkang. aku pun sama, tapi beragakla nak melintas tu, macam tak tau pulak rakyat Malaysia ni pemandu bhemah semuanya.
tapi, kalau terlanggar sorang pun bagus jugak, kurang sorang pendatang asing negara kita ni. hahaha...

pastu, aku teruskan perjalanan aku melalui jalan pekan Meru yang bizi mengalahkan KL tuh. Satu lagi pemandangan tak best. budak kecik, adala dalam baya2 7-8 tahun nak pegi mengaji. niat dah murni, tapi jalan kaki kat tepi jalan raya yang sesak tuh, bahaya betul. masing2 da la halus macam semut. kot driver lori x perasan, hilang sorang bakal adiwira negara. makbapak pun main lepas je anak2 dorang macam tuh. aku taula anak tuh boleh buat anytime, tapi yang dah ada tu tolongla jaga betul2.
cuma tengok dorang macam tu, teringat aku masa kecik2 dulu. aku duduk dgn nenek sebab babah stil kat kelantan masa tuh. ingat lagi pakcik yang ajar mengaji dulu. cik Bahran namanya. orangnya pun dah takde (al-fatihah untuk arwah). hari2 pegi mengaji kat rumah dia. ada masa aku kelentong nenek aku sebab aku tanak pegi mengaji. sebelum balik kena buat khat dulu. Nak pergi mengaji kena lalu jambatan rahsia kat parit belakang rumah nenek. skarang ni di suruh mengaji, liat semacam. mula2 semangat, tapi surah Al-Bakarah pun tak lepas2. teruk betul.(ish3...apalah nak jadi).

Aku berhenti kat lampu merah. ni lagi satu punya perangai yang bagussss sangat. langgar lampu merah. yelah, mmg merah tanda jalan, hijau tanda berhenti.tahniah betul. ada sekal tu, kereta ni hon2 aku suruh jalan sedangkan lampu merah time tu. Bengap mentega betul. kalau aku yang kena langgar bukan dia nak bayar bil spital aku. cantik plak time tu tengah panas gila. aku pun luar dalam tengah panas time tu, aku tunjuk sign haremm kat dia. haha. aku pun x sedar boleh tertunjuk. mesti mamat tu hangen je... sory bro, saya ni skema batu. tak reti nak break the rulez (padahal....) dekat2 nak sampai rumah, satu lagi hal baik punya. parking kereta ikut suka limpa dorang. perghhh...nasib baik aku ni minah rempit jek, kot aku bawak drifter, memang aku langgar je satu2. macam da kaya sangat je masing2.

benda yang macam2 aku nmpk tu buat aku berfikir, macam2 aku tengok hingga membuatkan AKU LAMBAT NAK SAMPAI RUMAH!!!!!

Sunday, February 6, 2011

Aku yang tiba-tiba bersemangat waja!!

aku tatawla virus apa yang tiba-tiba menyerang kepala otak aku ni. macam muncul 1 semangat dari dalam hati (chewah~) nak mempercantikkan lagi blog aku ni. haha~ cam lawak plak aku rasa sebab selama ni aku selalu je gelakkan orang yang main blog ni. Lagipun, aku create blog sekadar suka-suka jek. tader pun sekelimut niat di hati nk jadi semangat macam ni.haha~ punyalah sakan aku buka blog2 blogger lain semata nak belajar. jeles gak tengok blog dorang cun2 dan hensem2 macam tu. memang tak boleh jadi! *_* (semangat waja datang balik) skang ni, aku cuma nak beat blog MEGAT ALANG SENGKETA dulu.. sape tu? hahahaha 0_0 kalau tak tahu, sila2 lah meneka.=]

Tuesday, November 30, 2010

soalannya..

esok bermulalah hari yang paling aku tak nanti-nantikan, "hari bermulanya practikal di hotel". well, i have an uneasy feeling inside me. macam takde semangat langsung. inche otak kat kepala aku ni sibuk pikir pasal budak2 kat rumah. hopefully, nothing bad will happen. InsyaAllah. :)
     dua tiga hari ni melepak kat rumah zaf. berborak, for sure. tanpa aku duga, zaf keluar soalan mencabar pada aku. "atul, kenapa kau tak menangis?"
huh, untuk apa? aku tanya dia. dia balas,"kau tabah betul... kalau aku, mesti dah down giler." betul aku speechless masa tu. aku tataw nak jawab apa. aku nampak tak sedih langsung ke? sheesh! outside is not as the same that happen inside me. ntahla, aku sendiri tak boleh nak describe perasaan aku. aku sendiri tak paham diri aku. aku hidup macam biasa.
time aku rasa nak nangis, aku nangis. time aku rasa nak gelak, aku gelak. susah betul nak faham diri sendiri. *kecewa*
balik tu, aku singgah rumah jihan, dan...soalan serupa sejibik diajukan sekali lagi. huh? apakah? sume orang nak buat sesi hati ke hati dengan aku ke? please, jangan. aku bukan orang yang kuat nak buka semua isi hati aku ni. mengenang sesuatu yang dah berlalu tu memang perkara yang aku paling benci skali. thats y, aku tak suka ingat apa yang dah berlaku and pretend macam aku ni lupa ingatan.*memang aku tak ingat pun *
sekarang, soalan aku kat diri sendiri.
ATUL, BILA NAK SOLAT?DA 7.30 DA NI.. err..chiow dulu(;

Wednesday, November 10, 2010

sweet spy





i felt like bloody marry (dosa kalau mencarut). sheesh, cerita korea ni da benar2 menbuatkan temperature aku naik 180 darjah celcius. sangat keji buat ending hawaw camtuh. bolenya dia buat tergantung aje. aishh, mencabar kredibility aku sungguh la.. nasib baek laptop orang, kalaw x da lama pegi cmpk kat laut bergelora tuh.. sakit hati jiwa perasaan betul. kot nak buat ending tu senonohla sikit, ye tak. ni tak, grrrrrr.... nasib baek encik Johny crover pujaan hati tuh hensem, sejukla hati sikit..haha..
gila da ko ni atul..gosh, kalau aku dapat dia, mmg tak lepas dah..hahahahaha

Tuesday, November 9, 2010

saya lapar!

nasi koboi, lambat sungguh kau datang. aku menanti-nanti kehadiran mu ke dalm perutku. biarla aku da telan nasi lemak sebungkus petang tadi, stil lapar lagi.. huarghh... perut oh perut. bila la nak kenyang. even dalam tidur pun still lapar lagi. nasib baek mimpi pegi Mcd. tapi lapar balik sebab makan angin jek...
waaa....nasi koboi, cepatlah datang ke dalam perutku..