Wednesday, May 25, 2011

Demam Domo-kun!!

Sape tak kenal makhluk coklat bermulut besar ni kan? Demam inche Domo-kun ni dah melanda budak2, kakak budak, dan pelbagai taraf umur kat Malaysia ni. Adik2 aku pun tak terkecuali. 

Satu malam adik aku keluar idea bernas untk aku, "Along, ko reti kait domo-kun tak? Member2 aku tengah giler domo-kun kat skolah. Laku ni kalaw buat bisnes."
Huuu..mana ada orang nak tolak rezeki depan mata beb. Aku pun sepantas angin pergi cari crochet pattern. Nasib memang baik sebab aku terjumpa page ni, nerdigurumi.com. Nampak macam senang sebab aku paham explaination yang dia bagi tuh.
Kank gini la rupanya bila da siap.
Sekarang tinggal nak beli benang, kaen felt, dan cari jarum kait aku yang dah ku campak ke manatah..hahahahaha!

Saturday, May 7, 2011

If you want someone to respect you...

Biasa dengar ayat ni kan? "Kalau nak orang respect kita, kita kena respect orang balik." Kalau diri sendiri pun dah semedang je cakap kasar dengan orang, orang pun tension gak en? Kadang tu rasa nak bagi kaki je. Aku tak menujukan entry ni kat sesape, tapi buat yang terasa tu aku minta maaflah kay! ^.^
Lagi benda yang biasa orang sebut, "Yang tua dihormati, yang muda disayangi". Phrase ni kira sangat betul dan wajib digunakan dalam kehidupan seharian. Yelah, dok menengking2 orang yang lagi tua dari kita, nampak elok ke? Kata, Budi Bahasa Budaya Kita. Mana pergi semua tu? 
1 kes berlaku dari pengalaman sendiri, si anak marah sebab ada orang guna extension wayar bilik dia lepas tu x letak kat tempatnya semula. Sakan la dia menjerit sape yang guna tak reti nak simpan. Ayat yang sepatutnya keluar dari mulut dia, "siapa yang guna ni, kenapa tak simpan balik?(dalam nada bertanya yang baik) susah ke??? Dah sure la orang yang guna tu terasa hati. Lagi2 ayah sendiri kan? Si ayah pun terasa hati sebab si anak menjerit sebegitu rupa walaupun officiallynya ayat tu tak ditujukan pada sesiapa. 
Jangan selalu fikir perasaan kecil hati kita pada orang sebab itu hanya akan membuat kat kita bertambah benci pada orang tu. Tapi fikirlah, apa pula perasaan orang bila mereka x direspect? Tentu korang pernah rasa jugak kan? Simple kata, kalau kita selalu dok menengking orang, marah2 orang, apalagi tak respect, agak2lah, ada tak orang nak respect ita? Nak tolong kita waktu kita susah?
Nota kaki: Aku pun buat salah, tapi aku cuba untuk belajar respect orang yang lebih tua dari aku sebab aku rasa diorang layak untuk dihormati. ^.^


Sunday, May 1, 2011

♥NewlyWeds♥


Kawan baik masa sekolah dah pun kawen!!! Majlis selesai dengan jayanya, Alhamdulillah. Kawan yang kami tak sangka akan kawen dulu. Sangat! Dia kira 1 league dengan aku gak. Gila1, sempoi, ganas, boyish... Ramai orang pun tak sangka dia akan medahului yang lain. (Actually ada lagi yang da kawen) Congrats Siti Nabilah & Mohd Azmi!!
 Aku dah berkampung kat rumah Nabilah dari hari jumaat malam. Siap tidur sana, tolong buat hantaran, yang paling best : tolong nabilah jahitkan manik kat baju nikah. (soryla kalau hasilnya tak memuaskan) aku sambung mana2 kerja dia yang tak habis. Orang da kelam kabutkan, kena la mainperanan jugak. Lagi permintaan cambest, aku kena jadi PENGAPIT!! (tak sanggup nk upload gambar) sheesh, aku la pengapit paling tak best dalam dunia. sorry nabila..T_T
Kena tinggal!

After habis majlis, kitorang ikut dia pergi outdoor. memang havoc la. Haru je tempat tu dibuat kitorang. Siap minta abang photographer tu blanja KFC lagi..memangla... Orang lain yang kawen, kitorang yang semangat. =.="
kategori: nasyid wanita terbaik


Hide and seek


Nota kaki: I also wait for my jodoh =] 
Jodoh, where are you?