Thursday, June 30, 2011

Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Tadika Perpaduan Tmn Meru IV

 Meriah dan Havoc! Itu ayat yang paling sesuai. Masa aku ambil Miyun dari skola Cikgu Zana dah jerit awal1 suruh aku masuk pertandingan puding. Perghh,,aku dala menghidapi penyakit M. Tapi aku buat jugak. Puding oren. # Dadih oren sebenarnya.

Petangnya, aku tolong cikgu kemas skolah lepas habis buat karipap sardin. Siap mengemas, tampal2 huruf kat dinding, aku balik sebab nak decorate puding oren aku tuh. Memang gelak2 sebab nampak kelakar. Semua kaler oren. Puding oren, garnishing pun buah oren gak. # Kak Lang bet aku kalah. Dan ya! memang tepat skali.

Bila acara dimulakan, keadaan memang tak terkawal. Yelah, budak2 tu langsung tak boleh duduk diam. Sian aku tengok cikgu dorang. Muka pun pucat ke memasing. Acara dimulakan macam biasalah. Bacaan doa, perasmian, ucapan siket2

Bila masuk bab persembahan lagi meriah. Persembahan murid 6 tahun nampak matang. Mungkin sebab da berakal siket. bila masuk persembahan murid 5 tahun.haaaa... Ambik kao!! Dorang nyanyi lagu "Rasa Sayang" macam nak runtuh bangunan. bila masuk part "buah cempedak diluar pagar..." sume diam jek. Masuk corus, haaa...semangat. 

Next acara potong kek ibu dan bapa. Bapak aku pun ke depan potong kek. Bila ibu potong, dorang nyanyi lagu Ibu. Bila time bapa potong kek, dorang  nyanyi lagu Wali band. "Cari Jodoh" # sesuai untuk babah aku yang single tuh ;p

Pastu, kejadian x bez berlaku: Miyun nangis sebab teringatkan mama.T_T" Jadi dia tak join la aktiviti seterusnya. Babah bawa dia balik rumah.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah. Budak2 da makin bosan. Keadaan jadi makin tak terkawal. Ada yang bergaduh kat belakang, ada yang buat side flip, berebut kerusi tak kira lagi. Aku yg tengok ni tak benti tergelak. # Bayangkan bila ada anak sendiri esok.

Semua pemenang mendapat hadiah. Setiap ibu bapa pun diberi cenderahati. Ada akak jiran aku tu 3x amek cenderahati sebab anak dia 3 org skola kat situ. Bila part aku sampai, cikgu tu buat annoncement. "Bapa dan kakak kepada adik Amirun Akmal. Ha, kak yong. Ambil ni." Aiyarkk!! kenapa kak yong? x glemer betul.


Acara paling penting selepas itu adalah makan2...Well, at least aku ada menyumbang something bukan sekadar datang makan bodo je kat situ ryte. Jadi malam tadi, penat aku gelak melihat telatah budak2 tak cukup umur. ^^~

Nota Kaki: Kalau aku jadi cikgu tadika agak2 ada budak yang kena dera tak?





Wednesday, June 29, 2011

Tolong Hilangkan Diri. NOW!


Buat masa ni, aku tiba2 rasa nak hilangakn diri dari semua orang. Nak sangat. Aku nak mulakan sesuatu yang baru tanpa bayangan sesiapa. Boleh ke? wargh...kenapa aku selalu rasa nak hilangkan diri dari kawan2 aku? Atul, kau selfish! *do i care?*

Saturday, June 4, 2011

♥Love Ayah Ibu!♥


Salute toing2 pada ayah dan ibu  tunggal yang tak pernah putus asa mendidik anak mereka biarpun  macam-macam rintangan, masalah yang diorang kena tempuh. Apa lagi semua tu terpaksa di tempuh sorang2.♥ tabik !!
Kes satu:
Tak lain tak ukan, ayah aku! ♥♥♥ kalau nk gambarkan rasa sayang aku kat parent aku memang tak tergambar lah kan. Sejak mama takde babah yang didik kitorang. Bagi makan pakai secukupnya. Sedih aku tengok babah kerja awal pagi, balik sampai malam. Buat masa ni kaka tak mampu lagi nak balas jasa babah. Tapi, kakak janji akan belajar sungguh2, buat perkara yg berguna yg boleh banggakan babah dan mama.♥♥♥
Kes Dua:
Ibu tunggal. Memang aku bangga dan salute sgt sebab sgt susah hidup tanpa suami.  Ibu tunggal yg aku jumpa ni sgt tabah dan kuat mendidik 2 orang anak lelaki dia. Dia dtg makan kat kedai aku. Anak dia sgt aktif. Main dengan pekerja lelaki. Ke sana ke mari. Macam dah lama kenal. Masa nk byr, baru aku tau akak tu kurang upaya. dia susah nak berjalan, dan pegang barang dgn sempurna. 
Aku: Aktif anak-anak akak. 
Akak:  Budak takde ayah memang macam tu. diorang  suka ikut lelaki. 
Aku: Suami akak meninggal ke? 
Akak: Dia cabut lari. Tak bagi nakfah  tak bagi apa. Kalau akak senang je, orang tanya akak cakap dah mati. Orang mati je tak boleh bagi nafkah kat anak-anak diorang. Akak ni kira gantung tak bertali lah.
Aku salute akak tu sebab dia mampu jaga anak dia dengan sempurna walaupun dia tak macam kita.


Nota Kaki: Ayah dan Ibu adalah orang yang patut kita sayang dan tak sia-siakan!