Thursday, June 30, 2011

Sambutan Hari Ibu Dan Bapa Tadika Perpaduan Tmn Meru IV

 Meriah dan Havoc! Itu ayat yang paling sesuai. Masa aku ambil Miyun dari skola Cikgu Zana dah jerit awal1 suruh aku masuk pertandingan puding. Perghh,,aku dala menghidapi penyakit M. Tapi aku buat jugak. Puding oren. # Dadih oren sebenarnya.

Petangnya, aku tolong cikgu kemas skolah lepas habis buat karipap sardin. Siap mengemas, tampal2 huruf kat dinding, aku balik sebab nak decorate puding oren aku tuh. Memang gelak2 sebab nampak kelakar. Semua kaler oren. Puding oren, garnishing pun buah oren gak. # Kak Lang bet aku kalah. Dan ya! memang tepat skali.

Bila acara dimulakan, keadaan memang tak terkawal. Yelah, budak2 tu langsung tak boleh duduk diam. Sian aku tengok cikgu dorang. Muka pun pucat ke memasing. Acara dimulakan macam biasalah. Bacaan doa, perasmian, ucapan siket2

Bila masuk bab persembahan lagi meriah. Persembahan murid 6 tahun nampak matang. Mungkin sebab da berakal siket. bila masuk persembahan murid 5 tahun.haaaa... Ambik kao!! Dorang nyanyi lagu "Rasa Sayang" macam nak runtuh bangunan. bila masuk part "buah cempedak diluar pagar..." sume diam jek. Masuk corus, haaa...semangat. 

Next acara potong kek ibu dan bapa. Bapak aku pun ke depan potong kek. Bila ibu potong, dorang nyanyi lagu Ibu. Bila time bapa potong kek, dorang  nyanyi lagu Wali band. "Cari Jodoh" # sesuai untuk babah aku yang single tuh ;p

Pastu, kejadian x bez berlaku: Miyun nangis sebab teringatkan mama.T_T" Jadi dia tak join la aktiviti seterusnya. Babah bawa dia balik rumah.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah. Budak2 da makin bosan. Keadaan jadi makin tak terkawal. Ada yang bergaduh kat belakang, ada yang buat side flip, berebut kerusi tak kira lagi. Aku yg tengok ni tak benti tergelak. # Bayangkan bila ada anak sendiri esok.

Semua pemenang mendapat hadiah. Setiap ibu bapa pun diberi cenderahati. Ada akak jiran aku tu 3x amek cenderahati sebab anak dia 3 org skola kat situ. Bila part aku sampai, cikgu tu buat annoncement. "Bapa dan kakak kepada adik Amirun Akmal. Ha, kak yong. Ambil ni." Aiyarkk!! kenapa kak yong? x glemer betul.


Acara paling penting selepas itu adalah makan2...Well, at least aku ada menyumbang something bukan sekadar datang makan bodo je kat situ ryte. Jadi malam tadi, penat aku gelak melihat telatah budak2 tak cukup umur. ^^~

Nota Kaki: Kalau aku jadi cikgu tadika agak2 ada budak yang kena dera tak?





No comments: