Juz now, lebih kurang dalam pukul 8.30mlm tadi babah ajak pergi keluar makan kat kedai. Routine bulanan bila dah dapat gaji. Tapi, kali ni berbeza sikit sebab babah ajak kawan dia sekali. # Tujuan sebenar: nak cakap hal kerja.
Kedai tu area Bukit Kapar dan kitorang tak pernah pergi kedai tu pun sebelum ni. Tapi ikut jela sebab babah belanja kan. Disebabkan malam tadi ada perlawanan bola Malaysia-China Taipei, jadi ianya menjadi tumpuan kaki-kaki bola berkumpul. # mujur la tak sesak.
bosan menunggu order, kitorang join sekaki tengok bola. Waktu tu Malaysia dan Taipei dah 2-2. Abang2 kat situ memang semangat lah. Bila time memaki hamun memang tak ingat. Seram jugaklah. Sambil2 tengok bola, melayan Amirun berborak. Dia belajar 1 ayat. Maybe kedengaran biasa jek, tapi cara dia cakap memang tak kena.
" Kak Yong, Iyun ada hal nak cakaplah."
Huu..ada hal tu. Macam besar je halnya. Padahal dia cuma nak paw seringgit je dari aku. Dan dia tau aku takkan membantah sebab aku memang tak tahan dengar dia merengek lepas tu. # Serangan psikologi.
Ataupun bila aku tengah membebel, dia akan keluar ayat membunuh tu jugak. Bila aku tanya apa, jawapannya:
"Boleh tak jangan kacau Iyun. Iyun nak tengok kartun ni." # payahnya bila dah pandai bercakap.
Bila bola habis, abang2 tu balik umah, dan aku sambung borak dengan Alang kisah dahulu kala. Yelah, bosan kott. Dah lah masak tak sedap. Tawar jek. Telur goreng pun macam kena grill je gayanya. Air lagilah, tawar hebeh. No wonder tak ramai sangat. Tapi okaylah kalau setakat nak mengala perut kebulur. #Makan Habis jugak.

No comments:
Post a Comment