Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Outing at Kedai Makan

Juz now, lebih kurang dalam pukul 8.30mlm tadi babah ajak pergi keluar makan kat kedai. Routine bulanan bila dah dapat gaji. Tapi, kali ni berbeza sikit sebab babah ajak kawan dia sekali. # Tujuan sebenar: nak cakap hal kerja.

Kedai tu area Bukit Kapar dan kitorang tak pernah pergi kedai tu pun sebelum ni. Tapi ikut jela sebab babah belanja kan. Disebabkan malam tadi ada perlawanan bola Malaysia-China Taipei, jadi ianya menjadi tumpuan kaki-kaki bola berkumpul. # mujur la tak sesak.

bosan menunggu order, kitorang join sekaki tengok bola. Waktu tu Malaysia dan Taipei dah 2-2. Abang2 kat situ memang semangat lah. Bila time memaki hamun memang tak ingat. Seram jugaklah. Sambil2 tengok bola, melayan Amirun berborak. Dia belajar 1 ayat. Maybe kedengaran biasa jek, tapi cara dia cakap memang tak kena.

" Kak Yong, Iyun ada hal nak cakaplah."

Huu..ada hal tu. Macam besar je halnya. Padahal dia cuma nak paw seringgit je dari aku. Dan dia tau aku takkan membantah sebab aku memang tak tahan dengar dia merengek lepas tu. # Serangan psikologi.

Ataupun bila aku tengah membebel, dia akan keluar ayat membunuh tu jugak. Bila aku tanya apa, jawapannya:

"Boleh tak jangan kacau Iyun. Iyun nak tengok kartun ni." # payahnya bila dah pandai bercakap.

Bila bola habis, abang2 tu balik umah, dan aku sambung borak dengan Alang kisah dahulu kala. Yelah, bosan kott. Dah lah masak tak sedap. Tawar jek. Telur goreng pun macam kena grill je gayanya. Air lagilah, tawar hebeh. No wonder tak ramai sangat. Tapi okaylah kalau setakat nak mengala perut kebulur. #Makan Habis jugak.

Wednesday, April 6, 2011

Anjing Oh anjing

Tempat kejadian: Sekolah Tadika Perpaduan Taman Meru 4
 Masa kejadian: 12.02 tengah hari (5 April 2011)
Mangsa: Pelajar dan ibu-ibu termasuk kakak macam aku.

Kejadian ni berlaku semalam, masa tunggu Miyun keluar dari sekolah . Mula2 tu keadaan tenang je. Makcik2 tengah berborak kat 1 side, aku kat atas motor tunggu Miyun kat tepi pagar. Yelah, nak join makcik2 tu berborak memang aku tak reti. Sure topik bosan punya.
Tiba2, masa semua orang tak sedar ada seorang budak perempuan India berlari2 kat kawasan tu. Semua orang steady lagi. Kemudiannya, datang pulak anjing coklat mengekor budak perempuan tu. Reaksi yang diterima memang dasyat. Terus la makcik2 tu gelabah, terjerit2 selamatkan diri masing2. Anjing tu pun ikut gelabah bila dengar suara suprano makcik2 tuh.
Budak India tu pulak buat dunno macam takde apa2. Yela, anjing dia pun kan. Cantik pulak time tu cikgu lepaskan budak2 tadika. Haa, amek ko! lagi haru. Makcik2 haru, Anak dorang haru, Anjing tu lagi la.
Dalam keadaan kelam kabut tu, ada seprang budak lelaki keluar dari sekolah dengan selamba maam takde pape menuju ke arah aku. Memang rileks habisan. Aku malas la nak menegur sebab kang dia ikut jerit + gelabah aku gak yang susah.
"Kak yong, kenapa semua orang takut kat kucen tu?"
 Huh? Kucen?
Dia naik motor dengan selamba. Aku memang tak terjawabla soalan cepucemas dia tu.
" Kak Yong, tengok Miyun tak takut pun kan?"
Aku angguk jela. tapi aku still kompius sebab aku tak rasa aku tak kenal makhluk tu adalah seekor anjing. Aku pasti binatang tu anjing. Tak syak lagi!
Pagi tadi, tiba2 je dia keluar ayat yang aku tak sangka nak keluar.
"Kak yong, semalam tu anjing ye?"
=.=" Anjing dengan kucen pun ta kenal....