Showing posts with label Full life. Show all posts
Showing posts with label Full life. Show all posts

Monday, October 10, 2011

YOU & I

don't you worry, there my honey
we might not have any money
but we've got our love to pay the bills

maybe I think you're cute and funny,
maybe I wanna do what bunnies do with you,
if you know what I mean

Oh, let's get rich and buy our parents homes in the South of France
let's get rich and give everybody nice sweaters
and teach them how to dance
let's get rich and build our house on a mountain
making everybody look like ants
from way up there, you and I, you and I, you and I,

well you might be a bit confused
and you might be a little bit bruised
but baby how we spoon like no one else
so I will help you read those books
if you will soothe my worried looks
and we will put the lonesome on the shelf

oh let’s get rich and buy our parents homes in the South of France
let's get rich and give everybody nice sweaters
and teach them how to dance
let's get rich and build our house on a mountain
making everybody look like ants
from way up there you and I, you and I, you and I



Friday, September 16, 2011

Mine ♥



You were in college, working part-time, waiting tables
Left a small town and never looked back
I was a flight risk, afraid of fallin’
Wondering why we bother with love, if it never lasts

I say, “Can you believe it?”
As we’re lyin’ on the couch
The moment, I can see it
Yes, yes, I can see it now

Do you remember, we were sittin’ there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

Flash forward, and we’re takin’ on the world together
And there’s a drawer of my things at your place
You learn my secrets and figure out why I’m guarded
You say we’ll never make my parents’ mistakes



But we got bills to pay
We got nothin’ figured out
When it was hard to take
Yes, yes

This is what I thought about:
Do you remember, we were sittin’ there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

Do you remember all the city lights on the water?
You saw me start to believe for the first time
You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

And I remember that fight, two-thirty AM
You said everything was slipping right out of our hands
I ran out, crying, and you followed me out into the street

Braced myself for the goodbye, cause that’s all I’ve ever known
Then, you took me by surprise
You said, “I’ll never leave you alone.”

You said, “I remember how we felt, sitting by the water.
And every time I look at you, it’s like the first time.
I fell in love with a careless man’s careful daughter.
She is the best thing that’s ever been mine.”

You made a rebel of a careless man’s careful daughter
You are the best thing that’s ever been mine

Do you believe it?
We’re gonna make it now
And I can see it

I can see it now

Monday, September 5, 2011

Hand Painted Art Shoes and Bags

Nice stuff! And wholesome too! hobi baru ni (taklah baru sangat sebenarnya) dah jadi feberet pulak. Melukis memang dah jadi hobi aku sejak mengenal dunia lagi. Hobi ni dikembangkan lagi dengan menconteng kat atas kasut, dan beg. Well, benda ni memang la kedengaran lapuk, tapi it still look very awesome. nampak sangat artistik! ;)

cool huh?
Bestnya melukis ni, kita boleh express feeling kita daripada apa yang kita lukis. Kan ke seronok tu? 
Artistik!
Melukis tak semestinya perlu cantik. Ada certain lukisan tu, kita sendiri tak boleh describe image apa yang dia cuba nak tunjuk. But, still terjual berjuta-juta ringgit. Dan sekarang, aku tengah bengong berfikir nak melukis apa atas kasut member aku neh. Melukis aku tahu, tapi bab mewarna tu...erk?? aku kurang pastilah pula..hahaha

Nota kaki: buat bisnes best jugak ni kan? ;) 

Sunday, August 7, 2011

‎20 CARA BUAT ROOMATE ANDA GILE :D



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”... horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat..

Tuesday, July 26, 2011

Tiba-tiba aku teringat dia~

Siapa dia? Adalah..Someone yang aku adore since aku 8teen. Lama aku tak contact dia. Saje aku diamkan diri sebab aku dah tak sanggup nak kuciwa frust menonggeng terbalik dog lagi. #meaning: kecewa sangatlah

Aku penahlah berazam nak biar relationship aku dengan dia stop sekadar kawan. No more, no less. Maybe sebab aku dah relakan hati aku, aku bolehlah lepaskan dia siket2. Well, siket  dah cukup bagus dari takde kan.

But still aku nak jugak usha page efbee dia, usha status dia.. #aku da rasa cam stalker da ni.

Then ada skali tu aku post status kat efbee: "Mampu tengok page dia jela pun...." And for God sake, dia commet plak!: " Page siapa pulak yang ko stalk ni?"  =.=" aishh!!!!!!!! apa patut aku jawab pada pertanyaan mencabar dia tuh?

Kalau ah dia tau orang yang aku maksudkan tu adalah dia, agak2 apa reaction dia? Apa reaction awak Enchik *******? # too secret to be exposed.




Wednesday, July 13, 2011

Suatu Ketika Part 3: Zaman Sekolah Rendah Takkan Tamat.

Masa kecik-kecik dulu, perwatakan aku lebih kepada boyish. Rambut pendek gila, jalan pun tak macam perempuan. Dan benda tu melarat sampai sekarang. Sampai classmate aku kat U pun panggil aku bro. Aku pakai feminin sikit, kena kutuk. Tapi, kalau aku pakai tak sudah, siap panggil ajak lepak lagi. Gila betul. Suka sangat anggap aku ni sebahagian dari dorang. Aku perempuanlah weh! Tapi, even aku ganas pun, tangan aku ni kira bersenilah sebab aku reti mengait, buat crossticth, masak, senang cerita even perangai macam jantan, aku still lagi mengekalkan kesenian wanita dalam diri aku. Untung taw kawen dengan aku. # masuk mesin basuh, spin sendiri.

Aku lagi senang macam tu sebab aku taknak kena buli. Lagipun, dengan ketinggian menggalah aku time tu takkan ada orang nak buli aku sebenarnya. Haha! Aku suka sangat pakai seluar pendek dulu. Mama sampai tak boleh nak cakap apa. Kalau dia tegur, aku jawab panas. Jadi, dia malas nak menegur aku. #Sory Ma =.="

Disebabkan keseksian melampau aku tu, adalah makcik-makcik yang tak gemar aku berkawan dengan anak dorang sebab takut berlaku hubungan songsang pulak. #aku straight ok! Banyak jugak kejadian2 lucu masa aku tomboi dulu. Ada sekali tu, Aku pergi pasar malam. Macam biasa, aku selesa dengan jersi Liverpool aku dengan seluar pendek. Chee, ingat dah cukup bergaya sangatlah time tu. Then, ada 2 orang budak perempuan ni dok usha2 aku. Weh, korang ingat aku lelaki ke weh??? Yg aku dpt dengar budak perempuan tu ckp, " Hensemlah abang tu..." Ayark!! Nampak tak dosa kat situ? Huuuu.....

Satu lagi, waktu tu aku tengah main2 kat luar. Yelah, umur pun baru 11 tahun waktu tu. Sekali, datang 2 orang mamat naik motor cari jiran aku. Tapi, jiran aku tu xde kat rumah dia. Aku bagi tahu lah yg jiran aku tu pergi rumah mak dia kat taman sebelah. Dia dgn selamba keluar idea," meh naik kat tengah ni. Tunjuk rumah khairul." Kalau aku naik motor tu memang aku gila. Aku perempuanlah weh!! Aku cakap aku boleh naik motor sendiri. bila member aku panggil aku kak yong baru dia perasan aku perempuan. Ayat dia masa tu memang xbole blah. "aku ingatkan lanang, rupanya wedok (aku ingatkan lelaki, rupanya perempuan). #berapa kali salah faham da.... 

Yang last ni paling best. Aku jalan2 pegi kedai naik motor dengan kawan aku, Nina. Dress up aku macam biasa; jersi dan seluar pendek tak cukup kain tu. Tengah rileks2 tu, tiba2 ada sorang pakcik ni tahan kitorang. Aku kenal pakcik ni sebab dia sedara jiran aku. Punyalah dia marah maki si Nina ni naik motor dengan jantan. Siap ugut nak bagitau Wak jen (bapak Nina) lagi tuh.. Nina ni pulak speaker kuat. Apa lagi dengan suara petir dia tu dia bgtau yang aku ni perempuan bukan lelaki. Pakcik tu marah aku pulak sebab pakai macam jantan buat dia salah faham. # Aku x kecik ati tapi aku gelak x hengat bila recall balik kejadian tu.

Walaupun aku dah besar sekarang ni, dan x lah setomboi dulu, orang still pandang aku ni rock. Mungkin penampilan je berubah, tapi gaya still sama kot. kazen aku pun ada yang panggil aku boy even aku dah bertudung sekarang. Jangan nanti bakal suami aku ingat aku ni buat pembedahan jantina sudah...hahaha!


Sunday, July 3, 2011

Suatu Ketika Part 2: Zaman Sekolah Rendah.

 Aku tukar sekolah 2x masa skola rendah dulu. dari darjah 1 sampai darjah 3 aku skola kat SK Sungai Binjai sebab aku duduk dengan nenek. Family aku semua kat Kelantan waktu tu. Duduk dengan nenek, faham2 jela. Ikut suka limpa aku je nak ponteng. Aku auta saket perut siket, tak payah g skola agama. Patu bila time dapat result ujian, kazen2 aku yg besar2 gabak suka la menyebok nak tau result aku. Perghh... time tu aku pandai lagi. Ranking paling teruk pun nombor 3. Bila jawab pun kerek jek.

Ada sekali tu, waktu bulan puasa. Dala ponteng, pastu aku nampak pulak adik sdara aku makan megi kat dapur. Kalau aku sepak pinggan dia, sure aku rugi jugak. So, aku wat muka sposen kat nenek aku kata aku lapar.
 Nenek aku yg sporting gila tu pun cakap," Go on cu.. Nenek don't mind. If u fell hungry, eat something. Don't shy2 cat." 
Amacam, hebat x nenek aku? Aku pun dengan tak segan terus je perabih megi tu. Tapi, waktu berbuka aku memang azablah. Duduk depan sorang2 tak boleh berbuka sama. Lepas tu ada jugak lah aku ponteng, tapi aku tak bagi tahu nenek aku sebab aku takut kebulur waktu berbuka. Huu..berdosanya aku.

Masuk darjah 4 aku tukar skolah lagi. SK Meru sebab babah aku baru balik dari Bosnia, and dia berhenti terus jadi askar. So, kitorang moving in ke rumah baru dan aku pun tukar sekolah skali. Mula tu aku masuk kelas laz skali. Memang aku jadi bisu la sebab aku tak tau cmne nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Cam kena pulau je aku rasa.

Tapi, aku terselamat sebab ada cikgu English skola tu kenal aku sebab aku tuisyen dengan dia masa darjah 3. So, aku lompat naik kelas 1st. Kira ok sebab aku kenal Nina, jiran aku yg jugak sedara aku. Naik kelas je ada pelantikan ketua dengan penolong. Aku tak looking forward sangat la sebab aku budak baru. Tapi, tah cmne si Nina ni pergi calon nama aku dah tu ramai plak gatal tangan gi sokong. 

Darjah 4 sampai darjah 6 aku jadi budak gila kuasa kerja bolot jawatan penolong ketua darjah. Bukan teringin sangat pun, orang dah bagi en. Terima je. Haha~ Aku bukanla pompuan baik sgt. kerja skola pun x buat, ponteng x payah citerla. Tapi skola agama jek. Skola Kebangsaan aku rajin siket. Stakat kena rotan dengan guru besar tu dah kira biasalah. Chee, keji je bunyiknye kan? 

Zaman ni aku rajin siket bersukan. Alasan: aku malas belajar. So, aku masuk bola baling, bola jaring. Bila hari sukan aku wakil rumah biru lari 200 meter berganti2. Acara wajib. Cuba sekarang suh aku lari..haram aku taknak. Unless terdesak, memang aku larilah. 

Tak lepas gak cinta monyet masa zaman ni. Memang bodoh tahap gabanlah. Aku pun tak tahu kenapa la aku gatal sangat masa ni. Sekarang ni, bila orang sibuk cari jodoh aku pulak yang refuse. Haila... Aku sangkut dengan sorang classmate aku ni. Nak kata hensem, tak pun. Baik, jauh sekali. Aku je felong lebih kot, padahal dia takde apa pun.hahaha~ Bodo sangat je waktu tu. Sampai sekarang, member2 aku usik aku dengan dia lagi. Hello, puh-lease... Itu citer lama. Wa da tutup buku. Mamat tu crush wa je eh. Takde rasa nak buat laki pun. Wa perlukan Imam Muda yang tinggi dan cool. #Dia (blushing)Haha~

Banyak kenangan yang aku simpan waktu tu. Haa, ada 1 tu. budak laki skolah lain ada maen bola kat skolah kitorg. Diorang ada MSSD kot time tu. Member aku Yana, anak acik kantin, so dia kenal la budak2 tu sebab mak dia masak untuk dorang dinner skali. Aku dengan Nina saje menggatal nak kenal. Aku dapat mamat ni, Zaidi nama dia, pakai jersi nombor 14. Buruk je pun orangnya. Main balas2 surat. merenyam habislah waktu tu. Lepas tu lost contact.

Masa form 3, tiba2 yana ungkit balik nama dia. Dia kata Zaidi cari aku balik. Aku pun tengah gedik lagi waktu tu setuju teruslah. Tapi, berita tak bestnya mamat tu playboy. Sim card je ada 8. Each awek, pakai each sim card. Nombor parents pakai handphone laen. Wadafak that guy. Cantik betul perangai. Aku tengok muka camtu jugak. Nasib baik lost contact. Kalau tak aku ni awek ke berapa pulak agaknya. Sheesh..

Selokah Rendah ajar aku macam mana nak bergaul, nak bersedia untuk hidup di hari muka. Still ada member backstabbing member, gaduh2 kecil, gaduh2 mulut, gaduh kaw2 tak kira lagi. Budak tak matan gryte? Tapi, semua tu sagat indah bila aku kenang balik. ^^~

Nota Kaki: Kenangan korang pun mesti best kan?




Suatu Ketika: Sekolah Tadika

Zaman tu, aku still ada kat Sibu, Sarawak lagi. Dari umur aku 1 tahun aku dah bermastautin kat situ sebab babah aku askar dulu. Tapi babah bukan prebet, dia craftman, JLJ. mekanik. Aku berkenalan dengan iban, idup pun gaya iban, cakap iban, memang slang Sarawak tu melekatlah. Bila balik semenanjung jadi bisu, sebab tak reti cakap melayu. 

Umur aku 6 tahun, babah hantar aku masuk tadika kemas dalam kem tu. Aku tak ingat apa nama kem tu. Tapi sekeliling memang bukit bukau, hutan belantaralah. Every single morning, aku akan jalan kaki pergi sekolah dengan kawan aku, Nani. Kalau tak pun, ada abang2 askar handsome yang pick up kitorang especially bila hujan. 

Aku ada sorang skandal Siam masa waktu tuh. Bapak dia dengan babah aku suka gosipkan kitorang. Aku ingat lagi nama dia, Abun Wantana. Dia gemok dan hitam. Memang tak comellah. Setiap kali waktu rehat, kitorang kena beratur ambil makanan dan duduk dalam barisan menghadap. Dan2 tu pulak, adepan aku mesti si budak Abun ni. Satu enda yg beznya, semua benda dia tak makan. Jadi, aku yang sedia kebulur ni tukang peraih makanan dialah. #Part tu jelah yang untung pun.

Then, another person is Ujang. Dia ni 6 tahun tua dari aku. Iban jugak. Tapi handsome. Kira aku rela pilih dia dari pilh Abun tu sebab dia kacak. # aku memang pandang rupa waktu tu.

Dia tinggal satu aras dengan rumah aku. Bahagian hujung, belah kanan. Ada satu hari tu, adik dia keluar rumah makan daging babi gaya cam makan ayam je gamaknya. Angah pulak dngan penuh tak segan pergi minta adik dia. Mujur adik dia tak bagi yg kat tangan tu. Dia pergi masuk ambil yg lain. Nasib baek mama sempat keluar dan menghalang. Angah terselamat dari menelan daging baby haram itu.haha~ Dua2 kitorang kena maki sebab main suka2 minta. =.="

Satu hal lagi, kawan babah. Dia baru masuk Islam, sebab dia nak berkahwin dengan wanita Islam. Baguslah, sebab Allah berikan dia hidayah untuk dia. Tapi, yang lawaknya masa hari gawai, babah pergi rumah kawan2 dia menziarah macam hari raya. Tengah ramai2 tu, tuan rumah hidangkan sup babi kat tetamu. paling tak bez bila uncle yg baru masuk Islam tu pergi hirup kuah macam takde apa2. Apa lagi, terkejut beruklah babah aku.

 Babah aku dgn coolnya tanya uncle tu," tu kan sup babi. Orang Islam mana boleh makan."

Selamba jugak uncle tu jawab," Aku hirup kuah je. Bukan makan babinya." =.=" #Boleh ke cmtu? Mestilah tak!! Gila punya Uncle.

Banyak sebenarnya pengalaman aku kat sana. Cuma itu adalah antara yang terbengong pernah aku lalui. Kalau nak cerita pasal hantu, memnag tak payah cakap lah. Playground dia je situ.haha~ #Aiyarkk?? pukul 1 pagi skarang ni!

K~ Tamat #secara tiba2.

Wednesday, April 6, 2011

Anjing Oh anjing

Tempat kejadian: Sekolah Tadika Perpaduan Taman Meru 4
 Masa kejadian: 12.02 tengah hari (5 April 2011)
Mangsa: Pelajar dan ibu-ibu termasuk kakak macam aku.

Kejadian ni berlaku semalam, masa tunggu Miyun keluar dari sekolah . Mula2 tu keadaan tenang je. Makcik2 tengah berborak kat 1 side, aku kat atas motor tunggu Miyun kat tepi pagar. Yelah, nak join makcik2 tu berborak memang aku tak reti. Sure topik bosan punya.
Tiba2, masa semua orang tak sedar ada seorang budak perempuan India berlari2 kat kawasan tu. Semua orang steady lagi. Kemudiannya, datang pulak anjing coklat mengekor budak perempuan tu. Reaksi yang diterima memang dasyat. Terus la makcik2 tu gelabah, terjerit2 selamatkan diri masing2. Anjing tu pun ikut gelabah bila dengar suara suprano makcik2 tuh.
Budak India tu pulak buat dunno macam takde apa2. Yela, anjing dia pun kan. Cantik pulak time tu cikgu lepaskan budak2 tadika. Haa, amek ko! lagi haru. Makcik2 haru, Anak dorang haru, Anjing tu lagi la.
Dalam keadaan kelam kabut tu, ada seprang budak lelaki keluar dari sekolah dengan selamba maam takde pape menuju ke arah aku. Memang rileks habisan. Aku malas la nak menegur sebab kang dia ikut jerit + gelabah aku gak yang susah.
"Kak yong, kenapa semua orang takut kat kucen tu?"
 Huh? Kucen?
Dia naik motor dengan selamba. Aku memang tak terjawabla soalan cepucemas dia tu.
" Kak Yong, tengok Miyun tak takut pun kan?"
Aku angguk jela. tapi aku still kompius sebab aku tak rasa aku tak kenal makhluk tu adalah seekor anjing. Aku pasti binatang tu anjing. Tak syak lagi!
Pagi tadi, tiba2 je dia keluar ayat yang aku tak sangka nak keluar.
"Kak yong, semalam tu anjing ye?"
=.=" Anjing dengan kucen pun ta kenal.... 

Tuesday, April 5, 2011

Holiday Inn Vs SACC MALL♥♥

 Bersempena hari terakhir latihan industri atau nama singkatnya praktikal, aku dan rakan2 seperjuangan telah menghadirkan diri ke pejabat HR, Hotel Hotel Inn Glemarie Kuala Lumpur untuk tujuan clearance dan setel apa yang patut. Dalam otak ni, tak terbit sikit pun sign bakal kena simbah, tanda farewell untuk kitorang. Setel semua benda kat hotel, kitorang cabut sekejap ke golf club nak jumpa Eddy.Rezeki anak2, chef pulak belanja makan. Aku sebat lamb chop, Dewi sebat steak, Ateen sebat spring chicken. 
On da way balik ke security, rupanya dorang da ready tunggu nak buat pesta untuk kitorang. Tapi SYUKUR gila sebab kitorang sempat pecut ke parking. Mengah jugaklah sebab baru lepas makan. So, takde kejadian censored berlaku waktu tu. Alhamdulillah.
Tamat kisah holiday Inn~
♥♥♥

Lalu aku dan Ateen berjimba2 ke  SACC MALL atas tujuan nak bayar broadband ayahandaku ini. Benda lawak berlaku! sampai kat parking, as usual kena amek ticket. dengan bangganya Ateen berhenti, tapi ALAMAK!! tak sampai. Dia bukak sit belt, tak sampai jugak. Aku da mengekek gelak dah. Last2 bukak pintu, siap turun lagi. dasyat betul! 
Lepas solat, sempat jugak round mall. Aku beli sebenier yang sangat comel dengan harga RM3, Atenn pulak beli bangle yang ada off 30%. Lepas tu jalan terus nak pergi bayar broadband. then, setel!
Ateen ajak aku balik. Tapi aku takkan puas hati kalau tak menjejak kedai kesayangan aku. MpH Bookstores.Dia pun setuju je la. TIBA2!!!!! Baru teringat benda yang paling penting kitorang terlupa. AMBIL GAMBAR!!! terus keluar handphone dan tukar mode atul-and-ateen-as-a-model.
Membaca jambatan ilmu



In MpH BookStore.

Mencari komik

Sempat cari beg lagi. 
 Dapat jugak beli komik untuk mengisi masa lapang di rumah nanti. heishh, banyak betul benda berlaku hari ni. tapi yang hapeenya ateen sampai nak masukkan tiket ke mesin waktu balik. CAYALAH!!!
Yeay! Ateen sampai!

Monday, April 4, 2011

♥My Bestiest♥

Heyya! Aku percaya semua orang pun ada teman terbaik yang sentiasa akan berada di samping kita masa susah mahupun senang. Aku pun punya ramai teman yang aku sayangi dari aku mula kenal dunia hinggalah sekarang ni. Jom kenali rakan2 kesayangan aku!!♥♥

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU
 Noor Azreena Abdul Aziz: Kakak ni saya kenal dari darjah 4. Kami pergi sekolah naik basikal sama2 dari darjah 6. Dia ada cita2 yang best, nak jadi cikgu. sekarang tengah belajar kat maktab. Salute awak cikgu azreena.

SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN KAPAR 
Siti Zafirah Mohd Zain: Si kenit ni memang gila2. Aku tak sangka akan rapat dengan dia. Kami sekelas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Dia gila2, sangat petah bercakap, baik hati. Dia sangat comel!
Fateha Huda Sulaimi: Rakan sekelas jugak. Dari darjah 6. Cuma, mula rapat sewaktu tingkatan 1. Dia dah bertunang pun. Semoga cepat kawen yek!
Siti Nabila Ahmad Hafiz: Sepupu kepada Fateha. Dia sangat cool dan relaks. A bit boyish, same like me. Dia sangat kelakar dan happening. Sumpah tak bosan kalau dengan dia. Aku sayang kau nabila! Aku janji jadi pengapit kau bulan 5 ni, InsyaAllah.
Hani Affifa Mohd Hanif: Kawan sekelas dari tingkatan 1. anak cikgu yang sangat pandai. Ramai cikgu yang look forward kat dia. Makcik ni tingtong jugak. haha~ Kalau dah start open table kitorang akan bercakap non stop. ada je bahan nak cerita. Tambah pulak dengan Zaf, memang sakan la...Dia sekarang di New Zealand. Gud luck ya kamu!
Nur Illiana Husin: Sayangku chubby ni pun happening. Dia baik and i like the way she treat people. Memang aku rasa hapee jek. Dasyat gak kalau join mengumpat. haha~!

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG
Ida Haryana Mustapha: Kawan se-dorm di teknik. baik sangat waktu form4. Dia panggil mak aku mama, aku panggil ibu dia, ibu. Tapi, aku yang rosakkan cerita. Really sorry Ida.
Nurul Nadrah Ahmad Yani: Kawn sekelas. Dia baik, sopan, sangat bermotivasi. Suka membakar telinga aku dengan kata2 hikmah. Memang terasa bocor telinga, tapi layankan je. Sebab apa yang dia cakap memang kena kat batang hidung. Tapi aku je tanak admit.
 Siti Mariam Shahida Mohd Rusydin Morgan: Panjangkan nama dia? Dia kacukan India, Cina, Melayu. Sangat gila pink dan girlish. aku, Nad, dan dia kawan baik sewaktu di teknik. Kitorang pun tak pasti macam mana boleh ngam dengan dia. 3 orang yang langsung tak serupa menjadi kawan baik. 

PLKN Miri,Sg. Rait 
Farah Najihah Jamlus: Dia orang pertama yang aku kenal. Kami duduk sebelah2 masa dalam bas nak ke airport. Mula2 tu sunyi, aku start menegur (as usual, peramah terlebih) then, the rest is history. Ada orang cop kitorang ni 1 sekolah sebab nampak mesra. Hebat tak hebat tu? I love her very mucho! 2 perkara gila kami buat di kem yang takkan lupa.
  1.  malam waktu sampai tu, kami turun ke surau dengan pakai telekung je.(Ala2 kat asrama) Jurulatih ushar pelik. Memang tak ingat langsung ni bukan asrama.
  2. Malam tahun baru, dengan sadisnya aku mengangkut but aku ke bilik dia, kitorang gilap but sambil bergosip.
Rindu gilar masa tuh!
Zuhaili Abu Bakar: Kanak2 riang gembira ni selalu bikin aku hapee. Kenal dia buat aku rasa 18 tahun je sampai bila2. Apa je ta penah kitorang buat? Pakai baju kurung tapi lari lintang pukang nak berebut tv, main pistol air (dalam tu letak air sirap), rembat roti sampai penuh beg, tidur sekatil tapi lily jatuh dekat 5 kali (sorry...). tapi dia sangat berjasa sebab aku kenal seseorang yang istimewa dalm hidup aku melalui dia.♥terima kaseh!♥

UiTM DUNGUN 
 Adrianne Farzanah Mohd Sarofil: Dia ni pun kontra sangat dengan aku. Sangat teliti, detail. kalau shopping dengan dia memang tak tahan sebab aku orang yang pantas. Aku takkan belek barang or pikir banyak kali untuk membeli. Tapi Adren understanding, really like mak2. Luv ya dear!
Jasmini Johny: Kawnku yang boloq. sangat butterfingers. But she's funny. Dia selalu cuba untuk menjadi lebih baik dari segi penampilan. Sangat kagum sebab dia cekal mendengar makian kitorang. Sian dia. Sory ye Ninie.
Zati Iwani Bakhtiar Effendi: Nampak lembut tapi kasar jek. Terus terang orangnya, cantik, hot. haha~ Tapi, kami suka kawan dengan dia. Dia orang yang boleh bersama diwaktu senang dan susah. Susah cari member macam ni taw!
Nor Dewi Masitah Mohd Najmuddin: Kwan yang juga sedara aku. Dia sangat suka gelak. Gelak bukan slow,kuat tak hengat. Susah lar nak tengok dia serius. kalau nak tengok dia merajuk senang je. Cakap pasal tahi lalat dia, mesti dia tarik muka. Dewi, mold kamu tu pemanis sebenarnya!
Fatin Atikah Ahmad Jamalullail: Kawan sekolah juga, tapi kami baik masa praktikal. Dia bukan orang yang berkira. Mulut lepas dan pedas, but that's her. Buang masa jer touching sebab dia memang tak kesah. haha~


 ♥♥ Ni kawan2 aku dari kecik sampai besar panjang ni. Aku tak penat nak buat kawan baru sebab tu satu benda yang sehat. Kalau dapat kawan yang baik,aku bersyukur sangat. Tapi, kalau sebaliknya, aku anggap itu asam garam kehidupan yang memang perlu dilalui. Akhir kata, sayangilah kawan korang!!!♥♥ 

Thursday, March 17, 2011

Jom selidik!!

Tiba2 terasa nak kaji diri sendiri. Orang kata perwatakan kita boleh dibaca melalui bulan kelahiran. Hurm, aku lahir bulan mei. So, orang bulan Mei ni camne pulak? Baik ke aku?chewaah... Ni lah hasil dari kajian yang dibuat oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Disebabkan aku lahir bulan Mei, so yang appear kat sini Mei jelah ye. Member2 Mei, jom tengok!


Keras hati & tegas => 
Setuju! Aku memang jenis yang keras hati siket. Berjuta dah yang kata macam tu. terutama kaum2 adam ni. So what, ada aku kesah?? Aku suka nampak kuat di depan orang sebab aku benci di pijak2. Bagi aku, biar orang tak kenal siapa aku lagi bagus dari diorang tahu segala isi hati aku then senang2 je buat benda tu jadi bahan nak jatuhkan aku. No way ok!
Add caption


Kuat semangat & bermotivasi tinggi => 
setuju 200%! aku selalu yakinkan diri untuk menjadi seorang yang kuat. Sebab hanya yang kuat je boleh survive dalam hidup. Tapi realitinya, aku lemah gak kadang2 tuh. haha~ Tapi aku akan sentiasa cuba bangun balik utnuk teruskan hidup. 

Pemikiran yang tajam => 
Huh, tajamlah sangat. haha~ aku lumpy(lambat pikap) jugak kadang2 tuh. Innocent terlebih, tapi bab2 study memang cepat pikap. aku suka kerek dengan member2 aku kalau aku dapat jawab soklan lecturer aku. Keji tak?

Mudah marah apabila tidak dikawal => 
Betul!! aku failed siket bab anger management ni. Tapi, aku lebih suka pendam kalau aku marah. Cuma muka aku tak boleh blah la. Takkan ada orang berani nak tegur aku bila aku dah buat muka ketat macam tu. Scary sangat kot.hehe...


Pandai menarik hati & perhatian orang lain => 
Hurm, boleh diterima pakai kot. Aku tak berapa pasti pasal hal ni. Cuma buat masa ni, takde lagi lah orang yang cakap kat muka aku yang dia benci aku. Maybe sebab aku boleh je in dengan kepala sape2. tapi, kalau orang benci takkan nak cakap depan2 ye x?
Adorable tak?


Perasaan yang amat mendalam=>  
huuuu~~ mendalam tuh. Sedalam mana cintamu~~~~~ chewahh, sedap tak aku nyanyi? Aku ada perasaan yang sukar ditafsir. Tapi bila aku dah suka seseorang tu, aku akan cuba jaga hati dia sebaik2nya. Aku tak suka dilukai (ngahaha) Tapi, tak ramai yang boleh terima cara aku sebab aku sangat ego. huuu~

Cantik dari segi mental & fizikal =>  
ngehehehe (0^-^0) *blushing*. Cantik ke? 
Cantik ke?

Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain => 
Memang mudah dipengaruhi. Tu la payahnya. Senang sangat kena tipu (T_T) satu perangai yang tak boleh ubah sebab aku cepat simpati kat orang. 

Mudah dipujuk =>  
Memang! Senang je nak pujuk aku ni. Aku tak reti nak pujukorang dan aku tak reti nak merajuk. So, bila aku ,merajuk lama2 tu tandanya aku mengada-ngada. haha!

Bersikap sistematik (otak kiri) =>  
Aku memang suka seni, muzik yang unik, dan kira2.  Orang kata benda tu tak cantik, tapi bagi aku benda tu cantik. Orang kata muzik tu ta sedap, au kata best gila. Aku memang pelik. Dan aku suka jadi pelik. Sebab pelik tu membezakan kita dengan orang lain.

 Suka berangan => 
 Ni memang dah betul sangat. Habit yang tak boleh diubah. Kat mana2 pun aku boleh berangan. Benda yang mengarut yang aku sorang je tahu menjadikan aku ni seorang tukang merapu yang baik. Hurm, dalam erti kata lain, aku suka mengarang cerpen mengikut fantasi aku.

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu => 
betul kot. Sebabaku selalu dapat predict apa yang orang lain rasa even diorang tak bagitahu aku pun. Jadi, lebih mudah aku nak jaga hati dia sebab aku takan tanya soklan yang bikin panas yang boleh buat dia mendidih sampai takat 100 darjah. Masak aku!

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit => 
Sungguh! telinga dengan leher aku memang selalu sakit2. terutama leher la. aku suka sangat salah tidur. Ada je mangsa tukang urut free yang kena urut aku.haha! 

 Pandai berdebat => 
Aku memang suka cari pasal, so memang tepatla andaian ni. Aku suka buat orang bengang dengan ayat aku dan aku suka  nak menang bila lawan cakap. Satu lagi perangai keji yang tak boleh nak diikut.

Kelemahan sistem pernafasan =>  
Lemah ke? tapi, aku takde la rasa susah nak bernafas ke apa. Ok lagi la kot. Salah kajian ni. heheh~ 

Suka sastera, seni & muzik serta melancong => 
Suka~ suka~ suka~     

Tidak berapa suka duduk di rumah =>  
Salah ni! sangat2 suka duduk kat rumah. Kadang2 tu tak  keluar sehari pun taper. Rumahku syurga ku kan? 

Tidak boleh duduk diam =>  
Betul. Aku tak suka duduk melepak. Kecuali kalau aku takde keje memang aku tidur.

Tidak punya ramai anak => 
Nak ramai tu, tak ramai la sangat. Tapi harap dapat anak yang soleh dan solehah. =] 

Rajin dan bersemangat tinggi => 
Rajinla sangat. Pemalas jugak sebenarnya. Tapi bila dah mula mengemas, tak de sape boleh halang. Lagi teruk, segala benda depan mata yang aku rasa tak perlu memang aku buang terus la. Jangan cari2 dah! 


Agak Boros => 
Betul sangat! bila ada duit memang tak hengat. esok ni sempat nak gi tengok merong mahawangsa. padahal duit takde. hish!

P/s: banyak buruk dari baiknya. Korang da ushar korang punya rahsia ke? search sekarang. dah link pun kat atas tu!

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Maw join jugak!!!!!!


  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    Sure pernah! saya ni memilih jugak orangnya (hehe), jadi saya jatuh cinta kat dia sebab fizikal dan peribadinya. yalah, siapa suka penyangak kan? 

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    Tipulah kalau kata takkan. Saya suka lelaki yang nampak cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mentalnya. Orang yang cergas akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Lelaki begini memang nampak menarik. Malaysia cergas, yeah!

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Saya suka mata. Sebab? Mata takkan menipu tentang perasaan. 

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
    Hurm, saya tak tahulah sebab saya tak kahwin lagi. Next question! haha~

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
    Selalunya begitulah kan? Tapi, Ada jugak yang baik. cuma, 1 dalam seribulah kot. (niat sebenar adalah mengiyakan statement tersebut. Haha)

  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..
    Saya s.i.n.g.l.e lagi sekarang ni. Tapi saya ada menaruh minat pada salah seorang daripada rakan saya. Dia seorang yang simple, funny, baik, sengal2 ubi sikt (hehehe). Yang penting dia tinggi dan kiut sangat!

  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    single!

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    Sejujurnya tak. Saya seorang yang gagah (ini pendapat kawan2 saya). Jadi saya  selalu dipandang sebagai seorang yang boyish di kalangan kawan2. Jadi, saya sentiasa mencuba untuk kelihatan feminin sebab saya risau lelaki takut kat saya. hahah!

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    Setiap orang suka bila pasangannya nampak cantik dan tampan, tapi bila perkara itu membebankan diri sendiri lebih baik berterus terang sahaja. Hey, hati yang baik lebih penting dari bentuk badan tau!

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    Nggak setuju deh. Memanglah mujarab kalau guna secara berterusan. Cuba berhenti, berat badan naik 2x ganda tau. Sampai bila nak bergantung pada produk tersebut? Jadi pilih gaya hidup sihat untuk hidup yang lebih sejahtera. Pandai tak saya?

    Kira boleh pass tak jawapan saya ni?hehe...
    Klik sini untuk join. Peace!