♥♥ page ini berkemungkinan memalukan diri sendiri. tapi, aku still nak share perasaan aku dengan kau orang semua.(hahaha..Bila aku da masuk mode melankolik ni, takde sape mampu halang) so, ini kisah Ms. "A" dan Inche "MP" yang tak sempurna!!!!!♥♥
Biodata Ms."A"
nama sebenar: Miss A...chumm.excuse me.hehe...
ciri2 buat pengenalan: chubby, boyish, ego sampai langit ke-7, suka malukan diri sendiri, masuk air and some more. (malu nak tulis panjang2. perangai buruk.)
important: dah terjatuh tangga hati kat Inche "MP"!
Biodata Inche "MP":
nama sebenar: Mr. Perfect
lokasi terkini: somewhere in Malaysia.
umur: kitorang sebaya!!!ngeee...
titik perkenalan: PLKN siri 5.
ciri2 yang diminati: spontaneous, lumpy (lambat pikap), tinggi, his eyes (very menusuk kalbu),pai lang, ustaz (ini faktor utama), funny in his way, cute.
~Satu hari di bulan Disember...
Hari-hari terawal berada kat kem memang membosankan. Ms."A" pun bukan jenis yang meng-usha orang sangat. jenis yang buat hal sendiri. tapi Ms."A" ada 2 orang kawan baik kat kem. sorang tu, nama dia QD (bukan nama sebenar) Dia seorang perempuan. Dia baik. Kami baru kenal tapi boleh kamcheng kaw2 masa hari pertama berlepas ke kem. cuma, QD tak sama kompeni dengan Ms."A". QD kompeni Alpha, Ms."A" kompeni Bravo. Inche "MP" kompeni Delta.Tapi, Ms."A" sayang dia. Lebih dari sayang kat Inche "MP".hehe... Dalam story ni, QD kurang keluar sebab dia tak tau sangat feeling Ms "A" kat Inche"MP". dah lama sikit baru Ms "A" cerita kat dia. lagi seorang, Padi (bukan nama sebenar). Padi ni childish sangat. tapi dia baik hati dan sanggup buat apa saja demi kawan. Ms "A" sayang dia jugak-jugak!!
 |
| "Ms "A" with QD" |
 |
| "Ms"A" with Padi" |
Sebenarnya, pada awal cerita bukan Ms."A" suka sangat kat Inche "MP". tapi, Padi yang berkenan kat Inche "MP" ni. Ms."A" tak tahu pun Inche "MP" yang mana satu. Hari-hari Padi akan report berita sensasi mengenai Inche "MP" kat Ms."A". boleh kata Padi ni dah macam reporter tak bertauliah la. Time tu, Ms."A" rasa nak sangat tengok siapa Inche "MP". bila Padi tunjuk, Ms."A" terus rasa lain. Inche "MP" nampak sangat unik. Dia nampak sangat innocent, baik, alim, comel, segala-gala ayat yang bersesuaian dengan karakter dia pun Ms."A" rasa nak tulis kat sini.
 |
| "Ms "A" in lurrve with Inche "MP" at first sight" |
kemudian, dalam diam Ms."A" selalu perhatikan Inche "MP" dalam diam. mesti tercari-cari Inche "MP" bila berkumpul di dewan. setiap hari tunggu cerita dari Padi pasal Inche "MP". Walaupun Ms."A" dengan Inche "MP" tak kenal each other masa tu, Ms "A" rasa bahagia sangat....
 |
| "can't help falling in lurrve with him" |
~kemudiannya...
Hari-hari terus berlalu, dan sampai satu masa tu Ms."A" confess kat Padi yang Ms "A" suka Inche "MP". Padi terdiam, tapi macam yang dah di agak, dia hapee bila Ms"A" bagitahu kat dia. Dia kata tak kisah sebab dia pun dah ada Hafiz. so, dari hari iu, Padilah pendorong semangat Ms"A" untuk maju setapak di dalam memulakan perhubungan bersama Inche "MP" (chewahh). Padi la yang usahakan segala-galanya masa tu, dia yang minta nombor Inche "MP" dari kawan Inche "MP", Rentung. tapi, slacknya Inche "MP" tak bawa handphone waktu tu. jadi, tak dapatla kami nak berbalas text. kuciwa sikitla time tu. Tapi, kami berdua tetap menjalankan misi macam biasa; merisik rutin harian Inche "MP". memang terasa macam pervert, tapi ahhh...peduli apo kawe. agi hidup agi ngelaban!!
Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai 1 hari tu sampai 1 berita yang sangat menggembirakan masuk berlagu-lagu dalam telinga Ms "A". Handphone Inche "MP" sampai dari KL!!! Ms "A" rasa skala kegembiraan Ms "A" dah capai tahap maximum. Inche "MP" yang dapat handphone pun tak se-heppy Ms "A" ni. itulah penangan angau terhdap Inche "MP". malu betul! Lepas tu, 1 masalah lagi... Ms"A" kena berperang dengan hati sendiri sama ada nak mula menghantar message pada Inche "MP" atau tak. even Ms"A" ni masuk air dan kadang2 tu gila sikit, tapi bila bab macam ni sampai, Ms "A" la orang paling bengap susu dalam dunia. Padi sekali lagi menjadi fairygod-kakak untuk Ms "A". Dia la yang beriya bagi semangat kat Ms "A" sehingga message itu dihantar pada Inche "MP".
 |
| "padi si fairy god kakak" |
Masa tu hati Ms "A' berdegup pantas sangat. Ms "A" tak pernah approach boy dulu selama Ms "A" hidup. Inche "MP" kira beruntung sebab selalunya Ms"A" lebih rela mempertahankan ego dari turutkan kehendak hati. tak lama lepas tu, titttitt..tittitt. Warghhhhh!!!!!! dia respons messages. Ms "A" dengan Padi sama-sama melompat sakan. tak sangka pulak Inche "MP" akan reply secepat itu.
 |
| "pelangi dalam hati Ms "A" bila isyarat message masuk" |
 |
| "Ms "A" dah upside down" |
berdebar-debar jantung Ms "A" dan Padi masa nak tengok inbox. Rupanya bukan Inche "MP" tadinya hapee overboard, perasaan Ms "A" terus jatuh ke lantai. pecah berderai macam kaca nipis kena gilis dengan scramroll. Message itu dari Inche-F-kacak, kawan baik Ms "A". time tu, message Inche-F-kacak yang selalu Ms "A" tunggu pun Ms "A tepis macam tu aje. Sorry Ince-F-kacak.
 |
| Ms "A" kuciwa banget (T_T) |
Padi tenangkan Ms"A". macam2 la alasan dia reka bagi pihak Inche "MP". Antara alasan:
- Inche "MP" tengah solat kat surau.( padahal time tu pukul 12.30 tengah hari)
- Inche "MP" jatuhkan handphone dalam lubang tandas. (kalau macam tu mesti message tak dihantar)
- Inche "MP" takde kredit (paling possible la kot)
- Inche "MP" tidur (uh?)
- Inche "MP" malu-malu kucen nak reply (macamla dia tau Ms "A" yang hantar message tu)
- Inche "MP" tengah message dengan gigirl dia.(waaa...teori ni Ms "A" rejek awal2. Padi ni pikir luar alam sangat.)
Tak lama lepas tu~
message yang ditunggu-tunggu muncul!! lagi sekali Ms"A" dan Padi menjerit sakan. Tapi kali ni kami menjerit lepas confirmkan message tu memang dari Inche "MP". Hati Ms "A" masa tu macam nak terkeluar ikut tekak bila baca message pertama, respons dari Inche "MP". Padahal, message yang dihantar oleh Inche "MP" hanya, "SIAPA NI??" itu pun boleh buat Ms "A" gembira. (adakah Ms "A" orang yang cepat berpuas hati?) Ms "A" berterus terang pada Inche "MP" siapa Ms "A" yang sebetul-betulnya. Padi kata untuk uji, dia kenal tak Ms "A" yang mana 1. And you guess what? HE KNOWS ME!!!! Maknanya Ms "A" ni feymes jugak lah yek?hehe..
in the real place: semua orang kenal Ms "A" sebab Ms"A" Ketua Kompeni Wirawati Bravo.
 |
| Suka Inche "MP" |
Seterusnya kami berbalas message sambil Ms"A" tak berhenti berguling di atas katil bila setiap kali isyarat message sampai. Padi pun dah tak boleh nak buat apa dah. (malu betul!) Inche "MP" ni orang yang skeptis. dia pelik macam mana Ms "A" boleh dapat no dia sedangkan Handphone dia baru sampai 2 hari lepas. Ms"A" cuma cakap yang ada kawan tolong Ms "A". kami berbalas message hingga handphone perlu direturn pada jurulatih.
 |
| "Ms "A" suka sangat sampai rasa nak hadiahkan kiss kat Inche "MP" sebab dia reply semua message Ms "A"" |
Makin parah~
Sampai satu ketika tu, penyakit angau Ms "A" dah jadi makin parah. segala apa yang Inche "MP" buat Ms"A" nak tengok. Bagi Ms "A", Inche "MP" sangat unik sebab dia suka memandang ke wajah orang dengan pandangan yang tak boleh ditafsirkan. Mata dia sangat tajam dan memikat. sape yang renung dia, boleh kena panahan asmara tau. jangan main-main!
Pada malam Jumaat, kami akan ada kelas kerohanian mengikut agam masing-masing. Jadi, malam macam tu kebiasaannya kami akan memakai baju kurung sebab ada kelas di surau. Ms "A" dan Padi memang mereng dan masuk air sejak dari awal kami tiba di kem lagi. Kami memulakan budaya memakai kasut sport bersama baju kurung. Memang lepas tu, adalah 2 3 orang yang follow dan mengaku diorang yang mencetuskan fenomena kurung-sport kat kem tu. padahal diorang tak tahu, hari pertama sampai kem kami dah jadi fesyen ikon pelik-pelik ni.
 |
| "Ms "A" suka pakai baju kurung!" |
Disebabkan ketagih memakai baju kurung (sebenarnya pakai sebab terpaksa, akan diceritakan selepas ini), sabtu malam ahad pun Ms "A" dan Padi taram pakai baju kurung jugak. Nak dijadikan cerita, malam ahad tu Ms "A" sengaja pakai baju kurung-sport Ms "A" tuh. Even macam tu, Ms "A" still tak boleh tukar cara Ms "A" yang ganas semacam jek ni. Ms "A" dan Padi pun berjimba-jimba untuk mengambil roti sebanyak-banyak alam untuk dijadikan stok ketika lapar tak hengat nanti. Tengah-tengah Ms "A" semangat menyumbat roti ke dalam beg, tiba-tiba lengan Ms "A" disiku oleh Padi. Ms "A" malas nak layan. kerja depan mata ni lebih penting dari segalanya. chewah! Padi senggol lagi. Ms "A" still buat tak tahu. hingga ke roti terakhir, Ms "A" zip beg dan angkat muka memandang Padi. Ya Allah!!!!
MALU GILERR SEYH!!!!!!!
 |
Maaa~~~luuu~~~~
|
You guess what??~
Inche "MP" tengah sedap menguyah roti sambil berdiri di sebelah Padi menghadap ke arah kitorang. Mata dia waktu tu, Ms "A" rasa macam nak luruh jantung. Memang malu sangat. Ms"A" tersengih-sengih memandang Inche "MP" dan terus berdesup menghilang dari pandangan sampai terlupa nak tarik Padi sekali. Tak tahu lah Padi bersoal jawab apa dengan Inche "MP". Yang penting Ms "A" dah lepas dari renungan mata membunuh akal fikiran tu. Jantung Ms "A" bagai nak terkeluar ikut tekak dah rasanya. Malu betul! tengah buat perangai macam tu, si teruna pujaan nampak pulak. kalau TER takpe lagi. Ni siap RENUNG tak berkelip tuh!
Lagi buat jantung Ms"A" macam nak tercabut bila tiba2 satu message masuk. Dengan tangan terketar-ketar Ms "A" bukak message tu. (Handphone cikai takde nama sender keluar masa message di terima. Memang Ms "A" dah cuak gila). Air liur makin tak mampu ditelan bila si enchik sender adalah Inche "MP". Waaa.... Ms "A" rasa nak menangis meraung je masa tu. Kenapalah masa2 kecemasan ni jugak dia nak hantar message. Tahu tak hati Ms "A" da berdebuk2 berbunga layu?(takut kalau kena sound derek ngan Inche "MP") tahu apa yang dia hantar?
Duuhhhh!!!!!! Sah dia memang menilik Ms"A" dari hujung tudung sampai ke hujung kasut sport Ms "A". Malunya... Ms "A" memang tak reply la message tu. Biar je sunyi sampai ke malam.Huuu...
 |
| Ms "A" sakit jantung dapat message tuh! |
Sejarah Ms"A" memakai baju kurung~
Ms"A" adalah salah seorang wakil kem untuk sukan bola jaring. Pada suatu hari, sewaktu latihan pass2 bola, cikgu suruh tangkap bola dari jarak jauh. Means, Ms "A" kena berlari untuk mendapatkan bola puaka tersebut. Tiba giliran Ms "A" menyambut bola,cikgu baling bola kesebelah kiri. atas sebab Ms "A" terlalu excited nak menyambut bola, Ms "A" terkam bola puaka tu macam nak main rugby. Apalagi, jatuh terseret kat jalan tar tu maca superman lah. Sakitnya tak payah nak ghoyak deh, malu+sakit= berganda2 la. ++ plak, Inche "MP" baru balik dari surau waktu tu, lagilah Ms "A" macam nak pengsan. Kenapa time camni baru nak keluar. Wirid la lebih sikit Inche "MP" oi!!! Kerana lutut Ms "A" dah rabak, Ms "A" tak boleh pakai seluar sebab nak melekat. Conclusionnya, Ms "A" kenala pakai baju kurung.
"Info: Ms "A" tempang seminggu. Kena ejek lak tuh. suwey.... "
 |
| Waa~ Malunya.... |
Ms "A" janji nak jadi kawan baik Inche "MP"~
Dalam tak sedar, Ms "A" terjanji pada Inche "MP" untuk menjadi kawan baik dia sampai mati. Ms "A" bagitahu dia, Ms"A" suka dia. Suka berkawan dengan dia. TAhap tak lebih tak kurang dari seorang kawan. Inche "MP" pun layankan jek. Elok je perjanjian Hudaibiah tu termetarai, Ms "A" dapat berita yang buat Ms"A" kuciwa buat kali ke-18. Ada seseorang bernama Umi(bukan nama sebenar) telah lama berutus surat dengan Inche "MP". Sedihnya rasa bila tahu ada orang lain pun suka kat Inche "MP". Dan orang lain tu, sangatla nampak sempurna di mata Ms "A". Dia lemah lembut, pemalu, sopan sangat. Kontra betullah kalau nak dibandingkan dengan Ms"A" ni.
 |
| YESS I AM!! |
Ada tu, masa kami beratur untuk mengambil poskad dari cikgu, Inche "MP" berdiri selang seorang dari Umi. Umi terus menyorok dibelakang kawannya, malu di tenung Inche "MP". Ms "A" benci scene tu. BENCI SANGAT-SANGAT-SANGAT!! Why mesti jadi depan mata Ms "A"? Perasaan Ms "A"? UNDEFINED. Kosong.
 |
| Eii! Nak fire je rasanya! |
Ms "A" tercabar dan telah membuat gila~
Padi penat meyakinkan kat Ms "A" yang Inche "MP" takde apa2 dengan Umi. Mustahillah. Pandangan mata Inche "MP" tak sama macam dia pandang Ms"A". Lain sangat. Orang buta pun boleh nampak cara dia tu(tengah serabut sampai merapu2). dah tu, tah gila apa mai dalam kepala otak Ms "A", Ms "A" hantar message bagitahu yang Ms"A" suka kat dia. Memang upside down sangat.
Gila tak hengat tiba-tiba menangis depan Padi. Rasa bodoh sangat waktu. Hati Ms"A" hancur sangat dehh. Bukan jodoh Ms"A". Itu kata Padi. Ms"A" malas nak fikir apa2 lagi. Yang penting, Ms"A" KUCIWA~~
 |
Sampai hati anda Inche "MP"
|
Episode patah hati~
Lama jugak Ms"A" menyepi sebab insiden memalukan tuh. Nak pergi kawad pagi pun dah tak bersemangat. Dahla tempang, heart broken lagi, memang malang yang bertimpa-timpalah. Padi ada tanya, Inche "MP" ada text apa apa kat Ms "A" tak? Huh, mamat tuh, kalau Ms"A" tak menegur mananya nak text Ms "A". Masa tuh baru tersedar sesuatu. TERHEGEH2NYA Ms"A" NI!!! Lagilah Ms "A" rasa nak meraung..Waa (T_T) Mesti Umi dengan Inche "MP" tengah bermesej2 di weekend yang indah. Indah untuk diorang, sedih buat Ms"A".
 |
| Ms "A" benci Umi!!!! |
Bukan benci sangat pun, Ms"A" mampu lagilah nak paksa bibir tersenyum depan Umi. Ms"A" cuma malu sikit, kot2 Inche "MP" buka rahsia hal yang Ms"A" cakap kat Inche "MP", memang niayala. Start tuh, Ms"A" mula renggang dengan Inche "MP". Jarang text, jarang la nak berbalas pandang. Apapun, Ms"A" still pendam perasaan Ms "A" pada Inche "MP".
 |
| Ouhh!! |
Ceritera selepas tamat PLKN~
Sejak habis Plkn kami memang tak pernah jumpa langsung, sehingga ke hari ini. kira2 3 tahun jugak lah. Dulu, Ms"A" dan Inche "MP" rajin ber-YM. itu jelah yang mampu nak menghubungkan Ms"A" dan Inche "MP". Nak text pun, dah kira mahal sebab Inche "MP" pakai Maxis, Ms"A" pakai celcom. Bertukar nombor sebab insiden yang sangat mengerikan.(terlalu extreme untuk di ceritakan)
 |
| Far apart |
Kemudiannya, Ms"A" bertukar nombor lagi sebab Ms "A" ada problem dengan ex-boyfriend Ms "A" dulu. Kali ni, Ms"A" tak bagitau kat Inche "MP" yang Ms "A" tukar nombor. Biarlah Ms "A" diam jek. Ms "A" ada ke tak, Inche "MP" bukan kisah pun. betul tak?
 |
| I'm Alone |
Nak dijadikan cerita, tahun 2009 masa Ms "A" di semester 2 d UiTM Padi tiba2 bawa satu berita yang buat Ms "A" melayang tak hengat. Inche "MP" mencari Ms "A" selepas Ms "A" menukar nombor. Padi minta izin Ms "A" untuk memberi nombor baru kepada Inche "MP". Inche "MP" tengah menunggu lampu hijau je daripada Ms "A". Huh? Betul ke?? Sungguh ni???Ma....cam tak percayalah!
 |
| Biar betul? |
Dengan tersipu2 Ms "A" benarkan Padi buat macam tu. Tak lama lepas tu, Inche "MP" mula mesej Ms"A" . Dari pagi sampai pagi esoknya. Memang DASYAT! Dia sangat sweet. Lain sangat. Masa tu tak terfikir langsung pasal Umi. Tak kesah pun kalau Inche "MP" still couple dengan Umi.
 |
| Fantasy world |
Sweeeeet-nya Inche "MP" ni, sebab setiap kali masuk waktu solat, tak tunggu terus dia ajak solat. Ayat yang sweet, "CEPAT PERGI AMBIL WUDHU, KITA SOLAT SAMA2" wahhhhhh.... Ms "A" rasa Ms "A" makin sayang kat dia la! Sangat! ♥ ♥ ♥ Dia bukan seorang yang suka lewat2kan waktu solat. salah satu faktor utama why Ms A suka sangat pada dia.
 |
| Sweetnya Inche "MP" |
Ms "A" dapat tahu dia dah clash!~Macam mana? ce cite..ce cite..
Masa tu, macam biasa kami contact guna YM. Inche "MP" cakap dia baru je lepas jatuh motor. Kena langgar dengan van. Van tu memotong lori and tak perasan dia ada kat depan lori tu. Inche "MP" patah tangan. Kesian sangat! Demam lagi tuh. Memang bukan nasib dia kot. Jadi kami YM berborak pasal benda tu. Masa dah nak sign out tu, Ms "A" cakap ah ayat yag selalu Ms "A" cakap pada dia. "KIRIM SALAM PADA UMI YEK". jawapan selepas tu sangat mengejutkan. "AKU DA LAMA TAK CONTACT DENGAN DIA. KITORANG DAH TAKDE PAPE".
 |
| We both got fever!♥♥ |
Ms"A" sangat speechless!!!!!!
Sampai dah tak tak terbalas apa. Perasan time tuh? huh, Dah macam apa jek. Rasa nak melompat tinggi2! Tapi masa tu kat cyber cafe. tak pepasal orang ushar pelik nanti. Haha~ Ms "A" cuma reply:
Ms "A": Lol, sian deh kamu. Taper, ko rehat la dulu. demam kan? Aku nak out ni. Maw pergi beli cd PS2.
Inche "MP": Ow ye? Nak pergi dengan siapa? Pakwe la tu...
Ms "A": eh, buka ko ke pakwe aku? hahaha~ ok Out dulu ya. Sembuh cepat. salam~
Out~
 |
| Can't speak! |
Duhh! memang gilak amat pergi cakap macam tu kat Inche "MP". tapi dah terlepas cakap kan. Cumanya... Ms "A" tak tunggu pun dia jawab apa lepas tu. Rugi! sengal! (memarahi diri sendiri.) Tapi, takde apa yang beza pun lepas tu. Kami contact macam biasa. cuma, takde la berbalas mesej sebab nombor celcom Inche "MP" diberi pada kawannya. Senget jugak Inche "MP" tuh. Bukan ke dengan adanya nombor celcom tu lagi senang nak bermesej dengan Ms "A". Tak sensitif langsung dengan perasaan Ms "A" tau! But after, that kami cuma berhubung melalui efbee, dan ym.
Praktikal oh praktikal!~
Tahun lepas, 2010 disemester 4 Ms "A" menjalani praktikal di Hotel UiTM Shah Alam. 1 perkara yang tak disangka yang membuat Ms"A" melonjak hapee tak hengat bila Inche "MP" mesej Ms "A" secara tiba2. Takde ribut takde petir muncul macam tu. Maxis ke Celcom pulak tu. Banyak betul credit budak tuh. Sepanjang mesej tu bibir Ms "A" tak berhenti tersungging senyum lebar. Hati pulak macam taman. Berbunga2 penuh dengan lebah dan rama2. Chewah! (padahal borak tah apa2 jek kot.)
 |
| Cinta dalam hati |
Kez kechik hati tak hengat!~
Ada sekali tu, memang sangat kechik hati dekat Inche "MP". Ms "A" hantar text kat dia ikut IM. Semangat Ms "A" tunggu Inche "MP" reply sebab Ms "A" nampak Inche "MP" on9 masa tu. Lepas tu keluar sign awan menandakan Inche "MP" sedang menaip sesuatu sebagai balasan. Excited Ms "A" tunggu masa tu. Tapi, lama betul Inche "MP" nak ambil masa untul reply. Sign awan tu still kat situ, maknanya dia sedang menaip sesuatu. Ms "A" bersabar lagi. Kemudian, tiba2 bulat hijau bertukar menjadi transparent. Eh, offline?? Ms "A" sedapkan hati, mungkin lappy dia ada problem.
Tunggu punya tunggu punya tunggu...
Tak online2. menyirap Ms "A". Kalau taknak reply jangan bagi harapan. Ignore awal2. Takdela Ms "A" macam haram je melanguk macam tunggu geran KLCC tu tukar ke nama Ms "A". Sakit hati. Kechik hati. SANGAT!
* Panjang lagi cerita perasan ni sebenarnya. Tapi, dah tak sanggup nak continue sebab dah xde perasaan dah. Biar jela terkubur je kat sini..sayang nak delete..hahaha.
2 comments:
amboi2, galak bercerita pasal 'dia' eh.. wuuuu~
nagahahaha...cinta sampai mati kot..
ta penah crush hebat tahap dewa cmni..nagahhaha
dia crush aku yg terbaek wokk!!
Post a Comment