Monday, February 3, 2014

USHER

Tergelincir dari landasan. Itu kata kau.
Tak pernah mencuba hulur tangan. Bilang aku pula.
Aku bukan Tuhan. Kau menambah.
Apa itu syarat untuk kau membantu?
Aku tersedu.
Kau utusan Tuhan.
Kau juga.
Tak usah menanti hingga aku tersungkur baru kau hulur talimu.
Talimu rapuh.
Aku capai aku jatuh.
Aku lepas aku hancur.

Tabur Gula.

Ayat kau macam baru hidap diabetes.
Buat aku rasa terlebih insulin.
Kau tabur gula.
Kau campak merata.
Kemudian,
Kau tengok aku sambil ketawa.
Ah, mesti kau rasa riak aku jilat setiap butir gula yang kau tabur tanpa sekelumit rasa malu.
Aku pun seperti kau.
Kau juga tak ubah macam aku.
Lakonan kita sama. 
Cuma jauh dari serupa.
Kau tabur gula.
Aku tabur gula.
Kau tabur lagi.
Aku ketawa.
Lagi.
Aku ketawa.
Entah; aku rasa aku makin kaya.
Gula sudah naik harga.

Sang Bidadari Perindu Bulan.

Bulan, bisa aku tumpang lelap di bahumu seperti malam-malam lalu?
Silakan. Kata Si Bulan.
Bidadari kecil itu langsung merebahkan tubuh.
Rutinnya seperti selalu. Leka diulit kesejukan malam tanpa sedikit rasa kesal bertamu.
Bulan, aku rindu kamu. Ungkap Sang Bidadari.
Bukankah aku bersamamu kini, tungkas Si Bulan mematahkan bicara sang pemuja. 
Tangannya masih membelai bidadari kecil yang dalam kerinduan itu.
Aku mahu terus bersamamu. Rayu si pemuja.
Lalu bagaimana harus aku tunaikan permintaanmu itu wahai bidadariku?
Izinkan aku menjadi bintang. 
Sekonyong-konyong permintaan itu termakbul.
Menyinar cahaya dari bintang menyerikan wajah bulan yang terang-benderang.
Apa kau masih merinduiku. Soal Bulan.
Tidak. Aku kini mencintaimu.