Showing posts with label apakah?. Show all posts
Showing posts with label apakah?. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

‎20 CARA BUAT ROOMATE ANDA GILE :D



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati”... horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 m...init. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat..

Tuesday, July 26, 2011

Tiba-tiba aku teringat dia~

Siapa dia? Adalah..Someone yang aku adore since aku 8teen. Lama aku tak contact dia. Saje aku diamkan diri sebab aku dah tak sanggup nak kuciwa frust menonggeng terbalik dog lagi. #meaning: kecewa sangatlah

Aku penahlah berazam nak biar relationship aku dengan dia stop sekadar kawan. No more, no less. Maybe sebab aku dah relakan hati aku, aku bolehlah lepaskan dia siket2. Well, siket  dah cukup bagus dari takde kan.

But still aku nak jugak usha page efbee dia, usha status dia.. #aku da rasa cam stalker da ni.

Then ada skali tu aku post status kat efbee: "Mampu tengok page dia jela pun...." And for God sake, dia commet plak!: " Page siapa pulak yang ko stalk ni?"  =.=" aishh!!!!!!!! apa patut aku jawab pada pertanyaan mencabar dia tuh?

Kalau ah dia tau orang yang aku maksudkan tu adalah dia, agak2 apa reaction dia? Apa reaction awak Enchik *******? # too secret to be exposed.




Wednesday, July 13, 2011

Suatu Ketika Part 3: Zaman Sekolah Rendah Takkan Tamat.

Masa kecik-kecik dulu, perwatakan aku lebih kepada boyish. Rambut pendek gila, jalan pun tak macam perempuan. Dan benda tu melarat sampai sekarang. Sampai classmate aku kat U pun panggil aku bro. Aku pakai feminin sikit, kena kutuk. Tapi, kalau aku pakai tak sudah, siap panggil ajak lepak lagi. Gila betul. Suka sangat anggap aku ni sebahagian dari dorang. Aku perempuanlah weh! Tapi, even aku ganas pun, tangan aku ni kira bersenilah sebab aku reti mengait, buat crossticth, masak, senang cerita even perangai macam jantan, aku still lagi mengekalkan kesenian wanita dalam diri aku. Untung taw kawen dengan aku. # masuk mesin basuh, spin sendiri.

Aku lagi senang macam tu sebab aku taknak kena buli. Lagipun, dengan ketinggian menggalah aku time tu takkan ada orang nak buli aku sebenarnya. Haha! Aku suka sangat pakai seluar pendek dulu. Mama sampai tak boleh nak cakap apa. Kalau dia tegur, aku jawab panas. Jadi, dia malas nak menegur aku. #Sory Ma =.="

Disebabkan keseksian melampau aku tu, adalah makcik-makcik yang tak gemar aku berkawan dengan anak dorang sebab takut berlaku hubungan songsang pulak. #aku straight ok! Banyak jugak kejadian2 lucu masa aku tomboi dulu. Ada sekali tu, Aku pergi pasar malam. Macam biasa, aku selesa dengan jersi Liverpool aku dengan seluar pendek. Chee, ingat dah cukup bergaya sangatlah time tu. Then, ada 2 orang budak perempuan ni dok usha2 aku. Weh, korang ingat aku lelaki ke weh??? Yg aku dpt dengar budak perempuan tu ckp, " Hensemlah abang tu..." Ayark!! Nampak tak dosa kat situ? Huuuu.....

Satu lagi, waktu tu aku tengah main2 kat luar. Yelah, umur pun baru 11 tahun waktu tu. Sekali, datang 2 orang mamat naik motor cari jiran aku. Tapi, jiran aku tu xde kat rumah dia. Aku bagi tahu lah yg jiran aku tu pergi rumah mak dia kat taman sebelah. Dia dgn selamba keluar idea," meh naik kat tengah ni. Tunjuk rumah khairul." Kalau aku naik motor tu memang aku gila. Aku perempuanlah weh!! Aku cakap aku boleh naik motor sendiri. bila member aku panggil aku kak yong baru dia perasan aku perempuan. Ayat dia masa tu memang xbole blah. "aku ingatkan lanang, rupanya wedok (aku ingatkan lelaki, rupanya perempuan). #berapa kali salah faham da.... 

Yang last ni paling best. Aku jalan2 pegi kedai naik motor dengan kawan aku, Nina. Dress up aku macam biasa; jersi dan seluar pendek tak cukup kain tu. Tengah rileks2 tu, tiba2 ada sorang pakcik ni tahan kitorang. Aku kenal pakcik ni sebab dia sedara jiran aku. Punyalah dia marah maki si Nina ni naik motor dengan jantan. Siap ugut nak bagitau Wak jen (bapak Nina) lagi tuh.. Nina ni pulak speaker kuat. Apa lagi dengan suara petir dia tu dia bgtau yang aku ni perempuan bukan lelaki. Pakcik tu marah aku pulak sebab pakai macam jantan buat dia salah faham. # Aku x kecik ati tapi aku gelak x hengat bila recall balik kejadian tu.

Walaupun aku dah besar sekarang ni, dan x lah setomboi dulu, orang still pandang aku ni rock. Mungkin penampilan je berubah, tapi gaya still sama kot. kazen aku pun ada yang panggil aku boy even aku dah bertudung sekarang. Jangan nanti bakal suami aku ingat aku ni buat pembedahan jantina sudah...hahaha!


Sunday, July 3, 2011

Suatu Ketika Part 2: Zaman Sekolah Rendah.

 Aku tukar sekolah 2x masa skola rendah dulu. dari darjah 1 sampai darjah 3 aku skola kat SK Sungai Binjai sebab aku duduk dengan nenek. Family aku semua kat Kelantan waktu tu. Duduk dengan nenek, faham2 jela. Ikut suka limpa aku je nak ponteng. Aku auta saket perut siket, tak payah g skola agama. Patu bila time dapat result ujian, kazen2 aku yg besar2 gabak suka la menyebok nak tau result aku. Perghh... time tu aku pandai lagi. Ranking paling teruk pun nombor 3. Bila jawab pun kerek jek.

Ada sekali tu, waktu bulan puasa. Dala ponteng, pastu aku nampak pulak adik sdara aku makan megi kat dapur. Kalau aku sepak pinggan dia, sure aku rugi jugak. So, aku wat muka sposen kat nenek aku kata aku lapar.
 Nenek aku yg sporting gila tu pun cakap," Go on cu.. Nenek don't mind. If u fell hungry, eat something. Don't shy2 cat." 
Amacam, hebat x nenek aku? Aku pun dengan tak segan terus je perabih megi tu. Tapi, waktu berbuka aku memang azablah. Duduk depan sorang2 tak boleh berbuka sama. Lepas tu ada jugak lah aku ponteng, tapi aku tak bagi tahu nenek aku sebab aku takut kebulur waktu berbuka. Huu..berdosanya aku.

Masuk darjah 4 aku tukar skolah lagi. SK Meru sebab babah aku baru balik dari Bosnia, and dia berhenti terus jadi askar. So, kitorang moving in ke rumah baru dan aku pun tukar sekolah skali. Mula tu aku masuk kelas laz skali. Memang aku jadi bisu la sebab aku tak tau cmne nak bergaul dengan orang yang aku tak kenal. Cam kena pulau je aku rasa.

Tapi, aku terselamat sebab ada cikgu English skola tu kenal aku sebab aku tuisyen dengan dia masa darjah 3. So, aku lompat naik kelas 1st. Kira ok sebab aku kenal Nina, jiran aku yg jugak sedara aku. Naik kelas je ada pelantikan ketua dengan penolong. Aku tak looking forward sangat la sebab aku budak baru. Tapi, tah cmne si Nina ni pergi calon nama aku dah tu ramai plak gatal tangan gi sokong. 

Darjah 4 sampai darjah 6 aku jadi budak gila kuasa kerja bolot jawatan penolong ketua darjah. Bukan teringin sangat pun, orang dah bagi en. Terima je. Haha~ Aku bukanla pompuan baik sgt. kerja skola pun x buat, ponteng x payah citerla. Tapi skola agama jek. Skola Kebangsaan aku rajin siket. Stakat kena rotan dengan guru besar tu dah kira biasalah. Chee, keji je bunyiknye kan? 

Zaman ni aku rajin siket bersukan. Alasan: aku malas belajar. So, aku masuk bola baling, bola jaring. Bila hari sukan aku wakil rumah biru lari 200 meter berganti2. Acara wajib. Cuba sekarang suh aku lari..haram aku taknak. Unless terdesak, memang aku larilah. 

Tak lepas gak cinta monyet masa zaman ni. Memang bodoh tahap gabanlah. Aku pun tak tahu kenapa la aku gatal sangat masa ni. Sekarang ni, bila orang sibuk cari jodoh aku pulak yang refuse. Haila... Aku sangkut dengan sorang classmate aku ni. Nak kata hensem, tak pun. Baik, jauh sekali. Aku je felong lebih kot, padahal dia takde apa pun.hahaha~ Bodo sangat je waktu tu. Sampai sekarang, member2 aku usik aku dengan dia lagi. Hello, puh-lease... Itu citer lama. Wa da tutup buku. Mamat tu crush wa je eh. Takde rasa nak buat laki pun. Wa perlukan Imam Muda yang tinggi dan cool. #Dia (blushing)Haha~

Banyak kenangan yang aku simpan waktu tu. Haa, ada 1 tu. budak laki skolah lain ada maen bola kat skolah kitorg. Diorang ada MSSD kot time tu. Member aku Yana, anak acik kantin, so dia kenal la budak2 tu sebab mak dia masak untuk dorang dinner skali. Aku dengan Nina saje menggatal nak kenal. Aku dapat mamat ni, Zaidi nama dia, pakai jersi nombor 14. Buruk je pun orangnya. Main balas2 surat. merenyam habislah waktu tu. Lepas tu lost contact.

Masa form 3, tiba2 yana ungkit balik nama dia. Dia kata Zaidi cari aku balik. Aku pun tengah gedik lagi waktu tu setuju teruslah. Tapi, berita tak bestnya mamat tu playboy. Sim card je ada 8. Each awek, pakai each sim card. Nombor parents pakai handphone laen. Wadafak that guy. Cantik betul perangai. Aku tengok muka camtu jugak. Nasib baik lost contact. Kalau tak aku ni awek ke berapa pulak agaknya. Sheesh..

Selokah Rendah ajar aku macam mana nak bergaul, nak bersedia untuk hidup di hari muka. Still ada member backstabbing member, gaduh2 kecil, gaduh2 mulut, gaduh kaw2 tak kira lagi. Budak tak matan gryte? Tapi, semua tu sagat indah bila aku kenang balik. ^^~

Nota Kaki: Kenangan korang pun mesti best kan?




Suatu Ketika: Sekolah Tadika

Zaman tu, aku still ada kat Sibu, Sarawak lagi. Dari umur aku 1 tahun aku dah bermastautin kat situ sebab babah aku askar dulu. Tapi babah bukan prebet, dia craftman, JLJ. mekanik. Aku berkenalan dengan iban, idup pun gaya iban, cakap iban, memang slang Sarawak tu melekatlah. Bila balik semenanjung jadi bisu, sebab tak reti cakap melayu. 

Umur aku 6 tahun, babah hantar aku masuk tadika kemas dalam kem tu. Aku tak ingat apa nama kem tu. Tapi sekeliling memang bukit bukau, hutan belantaralah. Every single morning, aku akan jalan kaki pergi sekolah dengan kawan aku, Nani. Kalau tak pun, ada abang2 askar handsome yang pick up kitorang especially bila hujan. 

Aku ada sorang skandal Siam masa waktu tuh. Bapak dia dengan babah aku suka gosipkan kitorang. Aku ingat lagi nama dia, Abun Wantana. Dia gemok dan hitam. Memang tak comellah. Setiap kali waktu rehat, kitorang kena beratur ambil makanan dan duduk dalam barisan menghadap. Dan2 tu pulak, adepan aku mesti si budak Abun ni. Satu enda yg beznya, semua benda dia tak makan. Jadi, aku yang sedia kebulur ni tukang peraih makanan dialah. #Part tu jelah yang untung pun.

Then, another person is Ujang. Dia ni 6 tahun tua dari aku. Iban jugak. Tapi handsome. Kira aku rela pilih dia dari pilh Abun tu sebab dia kacak. # aku memang pandang rupa waktu tu.

Dia tinggal satu aras dengan rumah aku. Bahagian hujung, belah kanan. Ada satu hari tu, adik dia keluar rumah makan daging babi gaya cam makan ayam je gamaknya. Angah pulak dngan penuh tak segan pergi minta adik dia. Mujur adik dia tak bagi yg kat tangan tu. Dia pergi masuk ambil yg lain. Nasib baek mama sempat keluar dan menghalang. Angah terselamat dari menelan daging baby haram itu.haha~ Dua2 kitorang kena maki sebab main suka2 minta. =.="

Satu hal lagi, kawan babah. Dia baru masuk Islam, sebab dia nak berkahwin dengan wanita Islam. Baguslah, sebab Allah berikan dia hidayah untuk dia. Tapi, yang lawaknya masa hari gawai, babah pergi rumah kawan2 dia menziarah macam hari raya. Tengah ramai2 tu, tuan rumah hidangkan sup babi kat tetamu. paling tak bez bila uncle yg baru masuk Islam tu pergi hirup kuah macam takde apa2. Apa lagi, terkejut beruklah babah aku.

 Babah aku dgn coolnya tanya uncle tu," tu kan sup babi. Orang Islam mana boleh makan."

Selamba jugak uncle tu jawab," Aku hirup kuah je. Bukan makan babinya." =.=" #Boleh ke cmtu? Mestilah tak!! Gila punya Uncle.

Banyak sebenarnya pengalaman aku kat sana. Cuma itu adalah antara yang terbengong pernah aku lalui. Kalau nak cerita pasal hantu, memnag tak payah cakap lah. Playground dia je situ.haha~ #Aiyarkk?? pukul 1 pagi skarang ni!

K~ Tamat #secara tiba2.