Argghh!!!!!!!Saketnya hati! (Jangan baca kalau tak larat. Panjang ni..da saket hati sangat)
Aku tahan saket hati ni dari khamis lepas. SAKET SANGAT! Kenapa lah makcik tu macam tu ye? Kalau pun masalah menopous, tak payah la nak tarik aku sekali. Mujur aku ni masih ada lagi rasa hormat kat orang yang lebih tua dari aku. Kalau tak, memang aku selebet jek makcik tu.
Khamis lepas: masa aku nak buat dressing thousand island, telur rebus takde, jadi akak Demi kat tempat aku suruh aku pergi minta telur rebus 6 biji kat kitchen restaurant KITE'S. Aku dengan muka tak bersalah pergilah minta sebab tak terfikir pun nak kena maki masa tu. Masa aku tanya telur tu ada ke tak, akak puaka tu da tenung aku macam nak telan. Serius menakutkan. tapi aku stil senyum lagi sebab aku fikir dia bergurau. tak semena dia menjerit " SEMUA BENDA NAK MINTA KAT KITE'S. BUAT LAH SENDIRI. INGAT KITE'S NI APA?" huuuu...nak tercabut telinga aku dengar dia menjerit.
Hari yang sama, aku minta daun parsley pulak. Minta kat orang lain, tapi dia lalu situ pulak. Ayat yang sama dia ulang kat aku dengan muka macam lion king. Aku dah tak boleh sabar, aku sound akak puaka tu,"AKAK, SAYA DAH TOLONG TOLAK BARANG AKAK DARI RECEIVING AREA HARI2 DAH CUKUP BAIK TAU" nak berkira sangat. dasar tak mengenang budi!
Paling aku bengang: Tadi, Chef aku bagitahu akak puaka tu yang aku masuk outlet dia esok. Fuhh, awal2 lagi dah nak tarik aku kerja dengan dia. suruh tolong kat local kitchen. Aku diam jelah. Pastu aku cakap kat dia yang aku tak boleh masuk pukul7 sebab aku kena hantar adik aku pergi tadika. paling awal aku boleh sampai pukul 9. Dengan kereknya dia menjawab, "AKU TAK TAHU. ITU MASALAH AKU KE? TRAINEE IS TRAINEE. BELAJAR TETAP BELAJAR. APA MASALAH KO AKU TAKNAK TAHU." PERGHHH memang menyirap gila darah aku! Makcik ni memang sial. Tak taw kesah lagi main nak sembur je. Cakap tak pakai otak, macam tu lah. Terus aku blah masuk loker. Memang aku kecewa gila punya. At least tanya apa masalah aku.

Aku nangis sendiri kat loker. Salah aku ke jadi anak yatim? Salah aku ke aku kena uruskan family aku sebab aku takde mak? Salah aku ke Mak aku meninggal? Boleh tak tanya elok2 kenapa aku tak boleh masuk awal? Kenapa susah sangat nak cakap elok2? Aku tak kan terasa kalau dia cakap elok2. Macam tu punya leader nak suruk orang hormat? Baik balik rumah jaga laki kau lagi baik!
Disebabkan makcik puaka tu, aku tak jadi nak masuk outlet tu esok. Biarlah aku kena menapak jauh pergi garden terrace. Aku tak kesah! Heloo, kira baik aku bagi tahu dia aku nak nak masuk outlet dia esok. Dari yang lain, lesap tah kemana sebab tanak masuk tempat puaka tu.
To makcik puaka: Now I know why people don't like you. Please change if u want to be respected by ur staff. If not, resign faster. There are more younger and talented people out there can replace ur position.
2 comments:
sabo ek atul..
mak cik mulot puake g2 mmg da nk menepos aku rse..slp2 da nk mmpos kot!!!hahaha
ked khaydee: uishh, da tak bertegur dah pun..
senyum pun ta sanggup..
marah sgt neh..hahaha
Post a Comment