Saturday, July 16, 2011

Kaitan antara Milo, Kopi & Paip.

Apa kaitannya?
Ini cerita dia...

Situasi 1 : Order air kat kedai western area rumah. Waiter dia pun orang over the sea jugak. Bangla.

Babah: Air kopi, air milo. Achik nak minum apa?
Waiter: Bang, tak boleh bang. satu air saja boleh.
Kitorang: ??? (terpinga-pinga)
Babah: Apsal tak boleh pulak?
Waiter: Kalau mau air milo, milo sahaja. Tak boleh campur dengan kopi.
BAbah: Siapa kata aku nak campur. Air milo satu, air kopi satu.

Aiyarrkk!!! Kat Bangladesh orang minum kopi campur milo ke?


Situasi 2 : Beli air dekat pasar malam.

Bangla: Paip kasi, bang.# Muka selamba.
Abang air: Paip?
Bangla: Paip. Itu kasi sedut punya.
Abang air: Straw lah...
Aku dengan Alang dah tergelak.
Aku: Bang air kelapa satu.
Abang air: Nak paip?
Hahahahahah! Sekejap je Abang tu dah transfer kewarganegaraan dia. 

1 comment:

Ked said...

itu bangla aaa,,sana,,banyak advance ..sampai itu sedut air aa,,kasi pakai paip juga..sini malaysia,,minum air,,mulut saja juga pakai..